Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 12, 2017

Emran Danish 8th Birthday Bash at Balai Bomba Bukit Jelutong - Part 2


Anak Anak Rumah Amal Kasih Bestari dijadualkan  datang pada jam 1.30pm..dah pesan kat transporter datang untuk ambil mereka jam 1.15pm . .tunggu mereka tak sampai lagi jadi start risau juga..rupanya Allah uji.. Bas dah sampai di depan rumah Amal tu tapi ada masalah kat gear undur.. terpaksalaa driver nya tukar bas lain..owner transportation tersebut Puan Asyikin dan suami sangat sangat efisyen.alhamdulillah dipermudahkan urusan jadi mereka datang dengan bas lain.. menunggu anak anak ini bersiap baru laa mereka bergerak..dan dalam jam 2.30pm mereka sampai..

comel comel sahaja mereka...teruja mereka nak turun bas tak sampai..hehehe..kena laa angkut mereka sorang sorang turun...mereka teruja sangat  bila sampai..  Husband terus suruh mereka duduk kat tikar dan mula edarkan party bags untuk mereka..sifat kanak kanak mereka cepat sahaja cakap nakkkkk tak sabar sabar.. hihiih.mujur dah asingkan jenis party bags yang berlainan untuk mereka tapi isi dalamnya sama dengan party bags lain .. 

 


Ketibaan mereka..


 
 Bomba kasi taklimat tentang keselamatan kepada anak anak ini dan barulaa boleh naik kereta bomba..fuh semua memang sangat teruja..berebut rebut berlari untuk beratur naik kereta bomba..dan pasukan bomba sangat sangat berbesar hati untuk membawa 2 kereta bomba keluar.. selalu satu sahaja..tapi bomba bawa keluar dua kereta..sambil naik..bunyi siren dan di bawa satu pusingan...wahhh memang excited kawan kawan Emran.. mak ayah pun sama..ahakss... 



..


  Selepas itu baru laa mula acara yang ditunggu tunggu iaitu main air laa..Yezza yang ditunggu tunggu main air puas puas..mujur tak hujan....







 terima kasih banyak banyak untuk  pegawai pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang bertugas pada hari tersebut.. sangat sangat sporting abang abang bomba menyantuni anak anak... 




No comments: