Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 31, 2017

Meeting Fazura In Person


Yesterday night we alls dapat jumpa dengan Fazura..alhamdulillah..memang tahu ada event "Shopping with Fazura" kat kedai dia House Of Doll , Encorp Mall Strand Kota Damansara.. 
so ajak husband and kids ke Encorp Mall selepas Maghrib memandangkan husband pun nak ronda ronda Mr DIY dan Daiso kat sana..

Tengok baju baju yang dia pakai memang lawa laa kat internet..diberitahu ada charity sale till 70 % tu yang teruja nak datang tengok... 

 So sampai tak ramai sangat orang kat sana.. kids deciced nak follow myself turun ground floor ( We all parking tingkat 3) instead of ikut husband ke Daiso and Mr DIY

masa turun bawah Fazura belum sampai lagi..sempat laa juga jumpa dengan few friends yang kenal di alam maya yang turut sama menunggu Fazura ..:-)..sementara Fazura tak datang lagi usha usha dulu kedai dia..tudung dia memang cantik gitu..harga pun reasonable.. 

Syarat nak selfie dengan Fazura kena beli barang...tengok baju memang ada sale banyak tapi sayang takde my size.. ades.. semua size  Fazura yang slim..hihih..so belikan gift set for Shatirah's belated birthday..

Masa tengah usha usha tu mereka buat annoucement Fazura dah sampai..wahhh memang excited laa the children..dia masuk diiringi dengan PA dia Dasha serta manager dia.. Emran  berdiri kat depan dengan our DSLR Camera ..Rafeeq pula sibuk nak my phone nak amik gambar and video..dia memang sangat sangat humble laa.. dia layan semua peminat dengan begitu baik..kids dah snap snap gambar beberapa kali tu.. barang kat myself belum bayar lagi..hahaha..






Ok selepas bayar ask the children untuk beratur untuk amik gambar dengan Fazura.. Rafeeq dan tunjuk protes sebab tak dapat pegang DSLR ..adoi laa Rafeeq..huhuh..bila sampai giliran kami i ask the kids tu salam say hi tu Fazura  and berdiri sebelah aunty Fazura..wahhh terharu sangat Fazura melayani mereka dengan ramah sekali..Emran malu malu hahaha..i think sebab terpegun tengok  Fazura cantik..hehehe..



akhir skali minta manager dia ambilkan gambar we all satu family ( minus husband) dengan Fazura..hehe...


Selepas tu minta sign gift box untuk Shatirah ..thank you so much to the georgeous Fazura...lepas tu kids salam dengan dia..dia cakap ntah kenal tak mereka semua nie dengan saya..hehehe..tengok dia begitu merendah diri..of koz mereka kenal you my dearest Fazura..selain heroin Hero Seorang Cinderella mereka kenal sebagai Fattzura..( gabungan dengan Fattah ) not Fazura..ahaksss..

 
satu yang myself perhatikan tentang dia..begitu banyak tohmahan cacian untuk dia..untuk masa silam dia yang sangat "wild" ..yang mengata dia tak menutup aurat dan sebagainya..kita hamba Allah siapa kita untuk ungkit masa silam dia sedangkan Allah yang punya kuasa untuk membalikkan hati.. 
Dia terima semua secara positif...itu sebab dia semakin maju dan yang mengata itu berterusan dapat dosa..

 Teruskan sebarkan kempen kasi sayang #lotsoflove and #lessofhates.. 



Friday, July 14, 2017

Emran Danish 8th Birthday Bash at Balai Bomba Bukit Jelutong - Part 3


Corat coret preparation Emran's Birthday Bash


Venue 

Booking awal awal dengan menulis surat rasmi kepada Ketua Balai Bomba  diikuti dengan follow up ke sana untuk berbincang.. Selepas bomba kata OK dengan tarikh tersebut barulaa proceed plan seterusnya.. Kemudahan meja dan kerusi disediakan oleh pihak bomba cuma if rasa nak buat formal -macam - style- orang -kahwin lengkap dengan meja bulan etc dan khemah kena laa bincang balik dengan mereka sebab takut nanti meletakkan semua tu sebabkan susah kereta bomba nak keluar untuk kecemasan.. since ianya outdoor so we all rasa tak perlu semua tu tambahan pula mesti Emran and friends tak kan duduk punya..hahaha,, memang betul pun



Catering


Pun Booking awal -awal.. setelah agree menu dengan caterer..setelah agree menunya baru proceed.. makanan semuanya licin ..alhamdulillah syukur sangat ...dan semua puji sedap... highly recomended



Giant Bubbles

Since outdoor yang sesuai main giant bubbles laaa...pun booking awal awal.




 Ice Cream 

 Yang nie booking agak last minute..mujur mereka boleh cater..  Terima kasih En Hasnizam dari penjual icecream basikal merah,,,sebab order kami bawah 500 so takdelaa bawa basikalnya..heheheh..apapun his generousity bersedekah another 30 cones untuk tetamu anak anak yatim memang sangat sangat di hargai..




Birthday Cakes 

Macam biasa order dari En Fadzil ( FB Dill Cakes) ... requested Fireman theme cream cake... sebab fondant anak anak tak suka...and his cakes and tart memang hit.. cake dia tak manis




Mini Swiss Roll painted Cakes

Awal awal planning nak letak this cake sebagai sebahagian daripada goodie bags..tapi last minute tak jadi laa...letak kat sebelah dessert table sahaja.. and my dearest Farah Zulaika ( instagram Farahzulaika_) memang talented ...requested fireman theme cake and hasilnya sungguh terbaik. 




Waterballoon

 Sangat sangat hit.. hahaha 400 pcs pun tak cukup..tau order lebih... fuhh seronok tengok mereka main... yang ni beli kat Lazada sahaja..dlm RM40 utk 222 pcs


 Last but not least the goodie bags....


 Gable box beli on line...sticker pun tempah kat online...isi isi dalamnya terdiri daripada pistol air, helikopter dan juga bubble .. Barang barang borong kt GM Klang..