Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 17, 2019

Lama Menyepi..

Its been a while tak sambung bercerita kat sini..lots of things happens since the last time blogging..
Being Busy with the football stuff for Emran and Rafeeq since they switch to another team from ProKidz to  Subang City to fly higher...Emran mencipta pengalaman dan kejayaan bersama team Subang City..









However semua dah jadi kenangan..Early this year togther with few  of parents and coach to setup a new team... Thank you Subang City for the moments..

Friday, May 04, 2018

Its Football time ... .Emran and Subang City Under 10 team for KD Cup U10 2018



Another opportunity for Emran to play with Subang City Under 10 team..the boys doing great ..takde kalah langsung cuma nasib tak menyebelahi mereka bila perlawanan kalah mati untuk penentuan ke separuh akhir mereka tewas tipis di tangan SBFA 1-0




















Thursday, May 03, 2018

Emran and Air Asia Junior KL League 2018

This year alhamdulillah Emran got the opportunity to play most of the time in Air Asia KL Junior League 2018..Kali nie mewakili team 1Goal FC ..atas jemputan from Subang City


 A great experience for him..alhamdulillah..tempek gambar kat sini untuk kenangan ..
All games berlangsung kat New Camp Bandar Utama






Friday, April 20, 2018

Mak dalam kenangan ( Part II )


sambungan part sebelumya...

 Petang 3hb April tu we all google flight tickets ..naik train tak mungkin lambat sangat.. so cari yang terdekat fly dari Subang..next available flight 8.50pm so decide husband balik dulu laa..
 since tak sempat nak beli online sebelum maghrib drive ke Subang Airport beli tiket ke sana..solat maghrib di sana terus  husband masuk departure hall..

we all also terpaksa google car services/ Uber dari penang airport ke Sungai Petani..my dearest friend Nadirah ( Nad)  banyak membantu  ..dia tolong contactkan sana sini orang Uber/My Car/Grab tolong arrangekan transportation husband dari Penang - Sungai Petani 

sebelum naik flight husband whatssapp me saying Doctor dah panggil dah anak anak mak..keadaan sangat kritikal..Ya Allah i received the news with such a heavy heart.. waiting for husband on the news in Penang... he safely arrived in Penang on time 9.50pm and once he open his phone, Ashraf called cakap Mak dah meninggal..

He whatsapp me cakap  Mak dah takde..i criend a lot when i received the news.. Ya Allah sedihnya time tu..memang tak tahu nak cakap apa..husband kat sana bagaimana laa pula..dia tak sempat nak bersama mak di akhir hayatnya.. Husband safely arrived di hospital sungai Petani dlm kol 11pm macam tu untuk uruskan jenazah Mak.. nak dekat 1am 4hb April juga laa baru settle semua urusan kat hospital..Jenazah mak di bawa balik ke rumah taman sejati..

 I quickly booked flight tickets juga laa to Penang..nak cepat sampai dan selamat..sepanjang malam tu tak tidur..kemaskan baju kids and myself ...sambil tu memang tak boleh nak tidur sebab duk ingat kat Mak..syukur the kids Uber driver available untuk hantarkan kami anak beranak ke subang airport awal pagi  untuk earliest flight available to Penang..

We all sampai penang jam 8.30am.. husband dah amik..bawa ke Sungai Petani... sampai sahaja di sana tengok jenazah mak nangis lagi..tenang sahaja wajahnya macam sedang tidur..kids tengok pun nangis juga.. ready untuk mandikan jenazah Mak..tukang mandi and tukang kapan required anak anak dan menantu sahaja orang luar tak perlu..

so kami ber 11 sama sama mandikan dan kapankan jenazah mak..tak tahu berapa banyak air mata yang mengalir semasa uruskan mak untuk kali yang terakhir..sebelum zohor mak selamat dikebumikan di Sungai Petani..

 Husband memang almost fainted semasa susun tanah dalam liang lahad  kebumikan mak  sebab terlalu penat ..alhamdulillah dia gagah juga laa dan setelah selesai semuanya ask him to stay at a nearby hotel untuk berehat...dia manage to sleep few hours juga laa..alhamdulillah


 Mak passed away due to septicemia shock secondary to pneumonia..dengan kata lain keracunan darah .. ada beberapa sebab septicemia shock terjadi satu sebab keadaan hospital itu sendiri dan juga jangkitan paru paru dan jangkitan urinari trek..





mungkin keadaan mak tidak disedari langsung pegawai perubatan di Hospital sungai petani sebab mak cuma diletakkan di zon kuning.. adik adik ipar pun tak tahu samada mak diberi antibiotik atau tak sebab berdasarkan my knowledge as a pharmacist.. once we know the diagnosis is pneumonia or UTI the antibiotics will start to take place..

berdasarkan penjelasan adik adik ipar yang menjaga mak semasa di zon kuning mak dah menunjukkan keadaan tertentu /tanda sepsis di mana mak memang dalam keadaan acute confusion serta severe problem breathing..




mak tak masuk hospital lama..cuma sehari sahaja wallahua' llam kami takkan persoalkan if hospital Sg Petani berikan rawatan yang terbaik untuk mak..or mak diabaikan semata mata sebab mak orang biasa biasa sahaja..hanya kerani pencen.. ..Allah dah takdirkan sampai masanya mak pergi juga..

mak ada cakap gurau gurau dengan kami..eiii kalau kali ketiga masuk hospital rasa takde dah mak nie.. di samping itu juga mak ada cakap eiii kalau mak meninggal mak tak nak sakit lama kat hospital..mak tak nak duduk hospital ..cukup laa mak tak sanggup ..biarlaa mak habis sekejap sahaja..




Sepanjang 14 tahun berkahwin mak melayan myself dengan baik..kalau mak turun KL mak pasti akan masakkan anak anak sup sayur tersedap ( Kids panggil) dan cekodok pisang..
mak yang tak kisah kalau kami ajak ke mana mana berjalan..mak sangat excited.. last bawa mak overseas ke Singapore pada 6 tahun lepas.. last skali bercuti satu family Hashim ke Bukit Merah last December (yearly annual trip) ..


 myself tahu mak adalah syurga husband jadi i will always ask him to be with his mom..to prirotize his mom.. tak terhitung jasa mak..kami akan sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan mak di sana..


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun
 Allahyarhamah Siti Sofiah bt Hj Abdullah
 15 Jan 1949 till 3 April 2018




 


Monday, April 16, 2018

Long Hiatus... Mak Dalam Kenangan ( Part I)


its been a while tak blog... quite busy with lots of things.. yang pertama skali untuk berita menyedihkan untuk April adalah Mak mertua  yang dikasihi  pergi untuk selama lamanya..

Hari ini 16 hb April 2018 genap 12 hari Mak pergi..pergi yang mengejutkan.. Last sekali jumpa Mak pada awal Mac.. Mak tidur rumah kami sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak anak kak long di Batu Caves.. Mak datang sehari awal iaitu pada hari sabtu 9hb Mac.. seronok bila mak sampai mak rehat di bawah..since dah maidless mak dah cakap nak datang tidur di bawah senang untuk dia..tak larat nak naik tangga

Mak sampai dalam pukul 6 lebih macam tu..mak request nak makan kuih..kebetulan kat rumah kami kuih frozen pun takde..tapi ada sikit kuih frozen karipap..so husband gorengkan sikit kuih tersebut.. untuk dinner mak tak nak makan rasa kenyang tapi mak share share juga makanan yang husband belikan untuk dinner ..dan tetiba Emran pula request nak cekodok tok..mak macam cakap ok malam nie tok akan buat cekodok pisang yang Emran nak.. so pergilaa husband ke kedai runcit di Bukit Subang beli pisang..mujur kedai masih buka..dan pukul 10 lebih macam tu mak mengadun pisang buat cekodok pisang dan malam tu juga mak goreng cekodok pisang puas Emran makan..

  Masa kenduri tu tergerak kami pergi satu kereta sahaja..walaupun sempit sikit tapi takpelaa.. asalkan satu kereta aje..Kami bawa mak ke sekolah kids dulu ( kebetulan Najla ada kelas tambahan )  dapatlaa mak tengok sekolah anak anak..sampai rumah ayah uda dah tengah hari..lama juga kami duduk sana few hours jugalaa..mak seronok berborak dengan anak anak saudara sebelah arwah ayah..

 balik kenduri sampai denai alam dah lewat petang sebab jem pula masa balik tu..  mak  rehat sekejap dan malam tu since adik adik ipar kerja keesokan harinya  ( adik ipar yang turun KL bawa mak Ina dan Ashraf) mak balik juga ..

Mak peluk kami semua.. mak cium kami semua dan kata insya'allah awal may mak turun lagi sebab pada awal may ada lagi satu kenduri anak saudara di Ampang pula..

                                          Gambar terakhir ambil bersama mak semasa kenduri..
 
pada 2hb April 2018 petang tu husband terima whatsapp dalam group adik beradik dia kata mak tak sihat..mak demam panas dan meracau racau..( Mak pernah alami ini sebanyak 2 kali).. mak berkeras tak mahu ke hospital tapi Ashraf paksa juga bawa ke hospital.. Sampai di hospital Sungai Petani mak di tahan di zon kuning..wad semua penuh..Dr drip kan mak. kemudian buat xray..tapi takde apa result xray.... just dalam zon pemantauan ( zon kuning).Mak makin penat jadi diberi oksigen dan mak menepis nepis doctor melarang diberi ubat..

Seharian di zon kuning masih tiada tindakan apa apa..masa berlalu pada 3hb April  tiada berita positid dari Sungai Petani.. husband di sini kegelisahan..dalam tengahari husband terima berita kurang menyenangkan dari sana, husband whatssap myself dalam tengah hari macam tu cakap adik adik dia bagitau dr kalut kalut xray mak semula  keputusan dia ada jangkitan kuman kat paru paru..air kencing juga ada jangkitan kuman ..nampak Mak makin tak OK.. mereka bawak nak buat CT scan nak tengok ada bleeding tak di otak..
bertalu talu whatsapp masuk.. pukul 5pm kata mak kritikal.. 50 -50 .. husband balik kami terus decide cara tercepat nak sampai Utara..biar husband berada di sisi mak dan kami dah berbincang mak sihat aje husband nak bawa mak balik tinggal dengan kami kejap di di sini..






Tuesday, January 09, 2018

Welcome 2018

Alhamdulillah dah memasuki tahun 2018..Routine berubah..this year kids tiga tiga sekolah sama..Najla melangkah ke alam sekolah menengah..Emran darjah 3 and Rafeeq darjah 1

 Rafeeq adapted well at school..alhamdulillah..since abang and kakak ada so dia OK ajela..cuma sedikit adaptasi untuk mendapat kawan kawan baru.. sebab bersekolah jauh sikit dari denai alam

 pergi sekolah myself hantar..balik pun sama..







Friday, December 22, 2017

Annual Family Gathering - Keluarga Hashim


Menjelang hujung tahun seperti biasa my inlaws plan nak berkumpul sama sama..this year mula mula plan nak ke PD..tapi last inute tukar ke Utara sahaja.. myself pun takde cuti untuk yang nie jadi kena laa buat masa nak cuti umum Birthday Sultan Selangor


So we all balik Sungai Petani dulu..spend time dengan mak.. sambil sambil tu melawat kedai Bata baru my bro in law, Ashraf kat Aeon Mall Bukit Mertajam..

How time flies.. dulu Aeon Bukit Mertajam located kat Bandar Perda.. my first official job buat retail full time..ingat lagi sbb we all pioneer untuk Aeon Mall Bandar Perda...
Skrang diberitahu struktur tanah kat Perda tu tak stabil jadi mereka pindahkan Aeon Mall ke jauh sikit laa nak dekat dengan Juru..

Ashraf baru dapat kerja baru di Bata selepas getting married bulan 8 hari tu...mereka kasi dia store kat Aeon Bkt Mertajam..oklaa alhamdulillah .. selain kedai sendiri dia hire my sis in law Angah untuk kerja sama dengan dia tolong tolong tengokkan kedai..



 
 Sambil sambil melawat tu shopping terus laa kasut skolah the children...support paksu Yap..Promotion Cuti Sekolah RM69 untuk 2 pasang kasut atau pakej RM99 untuk 2 pasang kasut dengan 1 beg ..since the children sekolah baru semua kasut hitam dan stokin hitam so ambil laa pakej yg RM99 


Esoknya semua berkumpul untuk bercuti satu hari ke Bukit Merah Lake Town..sewa apartment yg Suria tu tepi jalan..last skali pergi 10 years ago..keadaan Apartment so so ajelaa tak berapa nak terjaga and also sangat usang.. 

kids excited habiskan masa di Water park Lake Town tu..dah tengah panas pun tak nak keluar lagi..huhuh..




selepas selesai lunch kat Lake town ( amik pakej Buffet untuk approximately 24 pax ) 
kami beransur pulang ke KL.. 


till next year insya'allah plan tempat lain pulak