Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 28, 2016

Basic, First Aid & CPR Training -Mari ulangkaji bersama secara ringkas


 Last Tuesday and Wednesday office ada buat CPR training..memang looking forward sebab last skali attend training ni masa kerja kat hospital..itu pun dibuat oleh in house laa.. 

 Trainers daripada CERT Academy puchong..boleh google website mereka atau FB mereka seriously memang best trainer dia..sangat experience dan also semua orang kena buat praktikal ..kalau tak lulus tak dapat laa sijil.. mock drill nya juga sangat sangat awesome..dimekap dengan begitu baik sekali untuk menentukan bagaimana nak response jika ada emergency



Secara ringkas yang dipelajari..
Basic yang pertama yang semua orang perlu tahu adalah chain of survival iaitu




Tujuan utama untuk di atas adalah untuk "beli masa" - sebab sebab sekiranya seseorang tidak dirawat dalam masa 4-10 min dia terus tidak bernyawa.. bukan menidakkan ajal di tangan tuhan, tapi kita cuba sedaya upaya yang kita mampu sekiranya boleh..

Ilmu kedua yang semua orang perlu tahu adalah DR CAB.. Apa ye DR CAB tu?..ini dia

 


Alihkan Danger yang terdapat di sekeliling mangsa.. respon dengan cuba bercakap pada mangsa ..tepuk kedua dua bahu dia 2-3 kali.. sekiranya tiada respons dan tengok dia tidak bernafas minta tolong orang sekeliling memanggil ambulans.. mulakan CPR

CPR  steps dia letak kedua dua tangan seperti ini
 letakkan di tulang sternum ( tulang dada) atau bahasa kurang  sopan sikit adalah antara dua nipples  ..macam trainer kata..raba raba agak2 di mana letakknya  nipples mangsa  kalau mangsa berbaju tebal..



 Tekan dada mangsa( chest compression ) 30 kali dalam masa 17-18 saat..adoii masa praktikal baru kami tahu bukan senang tau.. bila masa buat training ada yang tekan terlalu kuat atau terlalu gemalai sampai lebih dari 20 saat..

step seterusnya.. kemudian dongakkan kepala mangsa..picit hidung dan tiupkan kedalam mulut mangsa sebanyak 2 kali..

posisi dongakkan yang betul 
tiup dalam mulut mangsa sampai dadanya ternaik..ni pun ada teknik..mulut kita kena rapat dengan mangsa


Ulangi CPR sampai mangsa tunjukkan respons atau sampai bantuan sampai..kita tak boleh berhenti buat dan memang memerlukan tenaga yang banyak..so yang best kalau lagi ramai orang tahu boleh bergilir -gilir buat untuk menolong menyelamatkan mangsa.. (pelajaran yang sangat berguna..) 
dan satu lagi pelajaran berguna bagaimana kalau kita jumpa strangers dan nak buat CPR tapi maybe mangsa kita ada  penyakit yang kita tidak ketahui dikhuatiri berjangkit ..?.. the best way yang semua orang perlu ada juga adalah face shield atau face mask..

Ini laa CPR face mask alatnya kecil sahaja..simpanan dalam bentuk key chain ..
cara guna macam nie..





Basic first Aid yang kedua yang perlu diketahui semua orang adalah bagaimana membantu sekiranya ada orang yang  tercekik.. 

Gunakan teknik Heimlich Maneuver 





Berdiri blakang mangsa.. buat fist pada satu tangan ..tutup tangan tersebut dan raba cari  di mana pusat mangsa.. tekan dan tolak ke atas.. 


tekan sampai objek tu terkeluar..

sekiranya untuk mangsa yang berbadan besar atau mengandung caranya lain pula..pegang bawah ketiak mangsa tau dan tekan kat dada..





Hari kedua kami buat mock drill..ada dua group satu group jadi first aider..satu group jadi mangsa..

wahh real betul trainer make up kami semua bila jadi mangsa..ada yang mata kena asid..ada yang tulang terkeluar..ada yang leher terkelar dan syoknya kami post mortem balik semua kesalahan kami..hahaha


teknik makeup terbaik laa untuk mock drill training..

secara keseluruhan memang best laa..insya'allah harap dapat attend lagi untuk advance training untuk menimba ilmu supaya dapat membantu sekiranya dalam kecemasan 




 




 

1 comment:

εïзmmyHazaεïз said...

make up tu terbaik la elyana...

Kami pon ade buat secara berperingkat jek kat sini..

TQ for sharing tau
Refreshed!