Monday, November 28, 2016

Basic, First Aid & CPR Training -Mari ulangkaji bersama secara ringkas


 Last Tuesday and Wednesday office ada buat CPR training..memang looking forward sebab last skali attend training ni masa kerja kat hospital..itu pun dibuat oleh in house laa.. 

 Trainers daripada CERT Academy puchong..boleh google website mereka atau FB mereka seriously memang best trainer dia..sangat experience dan also semua orang kena buat praktikal ..kalau tak lulus tak dapat laa sijil.. mock drill nya juga sangat sangat awesome..dimekap dengan begitu baik sekali untuk menentukan bagaimana nak response jika ada emergency



Secara ringkas yang dipelajari..
Basic yang pertama yang semua orang perlu tahu adalah chain of survival iaitu




Tujuan utama untuk di atas adalah untuk "beli masa" - sebab sebab sekiranya seseorang tidak dirawat dalam masa 4-10 min dia terus tidak bernyawa.. bukan menidakkan ajal di tangan tuhan, tapi kita cuba sedaya upaya yang kita mampu sekiranya boleh..

Ilmu kedua yang semua orang perlu tahu adalah DR CAB.. Apa ye DR CAB tu?..ini dia

 


Alihkan Danger yang terdapat di sekeliling mangsa.. respon dengan cuba bercakap pada mangsa ..tepuk kedua dua bahu dia 2-3 kali.. sekiranya tiada respons dan tengok dia tidak bernafas minta tolong orang sekeliling memanggil ambulans.. mulakan CPR

CPR  steps dia letak kedua dua tangan seperti ini
 letakkan di tulang sternum ( tulang dada) atau bahasa kurang  sopan sikit adalah antara dua nipples  ..macam trainer kata..raba raba agak2 di mana letakknya  nipples mangsa  kalau mangsa berbaju tebal..



 Tekan dada mangsa( chest compression ) 30 kali dalam masa 17-18 saat..adoii masa praktikal baru kami tahu bukan senang tau.. bila masa buat training ada yang tekan terlalu kuat atau terlalu gemalai sampai lebih dari 20 saat..

step seterusnya.. kemudian dongakkan kepala mangsa..picit hidung dan tiupkan kedalam mulut mangsa sebanyak 2 kali..

posisi dongakkan yang betul 
tiup dalam mulut mangsa sampai dadanya ternaik..ni pun ada teknik..mulut kita kena rapat dengan mangsa


Ulangi CPR sampai mangsa tunjukkan respons atau sampai bantuan sampai..kita tak boleh berhenti buat dan memang memerlukan tenaga yang banyak..so yang best kalau lagi ramai orang tahu boleh bergilir -gilir buat untuk menolong menyelamatkan mangsa.. (pelajaran yang sangat berguna..) 
dan satu lagi pelajaran berguna bagaimana kalau kita jumpa strangers dan nak buat CPR tapi maybe mangsa kita ada  penyakit yang kita tidak ketahui dikhuatiri berjangkit ..?.. the best way yang semua orang perlu ada juga adalah face shield atau face mask..

Ini laa CPR face mask alatnya kecil sahaja..simpanan dalam bentuk key chain ..
cara guna macam nie..





Basic first Aid yang kedua yang perlu diketahui semua orang adalah bagaimana membantu sekiranya ada orang yang  tercekik.. 

Gunakan teknik Heimlich Maneuver 





Berdiri blakang mangsa.. buat fist pada satu tangan ..tutup tangan tersebut dan raba cari  di mana pusat mangsa.. tekan dan tolak ke atas.. 


tekan sampai objek tu terkeluar..

sekiranya untuk mangsa yang berbadan besar atau mengandung caranya lain pula..pegang bawah ketiak mangsa tau dan tekan kat dada..





Hari kedua kami buat mock drill..ada dua group satu group jadi first aider..satu group jadi mangsa..

wahh real betul trainer make up kami semua bila jadi mangsa..ada yang mata kena asid..ada yang tulang terkeluar..ada yang leher terkelar dan syoknya kami post mortem balik semua kesalahan kami..hahaha


teknik makeup terbaik laa untuk mock drill training..

secara keseluruhan memang best laa..insya'allah harap dapat attend lagi untuk advance training untuk menimba ilmu supaya dapat membantu sekiranya dalam kecemasan 




 




 

Monday, November 14, 2016

Noble Kids 2016 Annual Concert and Graduation



 Kejap sahaja dah penghujung tahun .. seperti tahun sebelum ini..Noble Kids 2016 Annual Concert and Graduation di adakan di MSU Shah Alam..

Rafeeq join 2 persembahan..satu persembahan wajib dari kelas nya..satu lagi tu dalam drama little maryam..hari hari dia kena stay back sampai kul 3.00pm..usually Rafeeq balik jam 12.30pm tapi untuk a month tu dia stay back laa sampai petang..

 Event starts at around 8.30am with opening speech, bacaan doa dan juga persembahan from 6 years old.. Rafeeq and his 5 years old Khalil Gibran classmates performs Nasyid Doa Dhuha and Epilog Seorang Hamba.. 
 






Yang si Rafeeq nie sangat excited juga naik pentas.. takde stage fright cuma tengok we all senyum aje bukan nyanyi sangat put... adess..

 Selepas nasyid and persembahan dari 6 years old drama tentang Nabi Ibrahim then persembahan dari 4 years old sekali lagi Rafeeq naik pentas untuk Drama little Maryam..kisah yang diinspirasi dari Little red riding hood tetapi dah di ubah suai lebih islamic.. dia jadi butterfly sahaja..hehehe..






  Overall semua enjoy dengan show daripada anak -anak Noble Kids Denai Alam nie..thank you untuk semua cikgu cikgu yang bertungkus lumus untuk melatih the children.. Takde kata yang dapat diucapkan cuma di doakan semoga Allah membalas jasa kalian mendidik anak -anak ini..



                                       Tenaga pengajar Noble Kids yang berbaju blouse biru .. 

 Another one more year to go untuk Rafeeq.. selepas nie takde lagi dah anak -anak kami di Noble Kids Denai Alam (kalau ada rezki Allah kurniakan yang no 4 mana tahu..) ..a legacy betul sebab dari Najla join tahun 2008 hingga ke Emran tahun 2010 ke Rafeeq tahun 2014.. 



 

Monday, November 07, 2016

Stalkers Cafe ( by Fattah Amin ) Kota Damansara


 lama dah sebenarnya plan nak discuss dengan Syed regarding Hibbah takaful.. Read more about it at www.prubsn.com.my/PruBSN/Warisan
 (More untuk jaminan masa depan anak anak yang ditinggalkan sekiranya both of us dipanggil kembali kepadaNYA..) 


Since schedule kami agak penuh jadi kami plan untuk makan malam bersama Syed dan wife di Stalker's cafe Kota Damansara since Syed dan isteri duduk Damansara Damai jadi senang jumpa tengah tengah laa instead dia nak travel ke Shah Alam.. Dinner pun lambat juga laa sebab anak anak mengaji sampai 9.30pm ..sorry laa kids terpaksa laa dinner lambat hari tu..

dah booking awal-awal few days in advance stalkers Cafe tu..booking utk 10 pax.. berhasrat nak ajak a friend and her husband join sama tapi senyap laa pula tak jawab text msg and Whatsapp

Sampai area Kota Damansara tgk tempatnya memang full house..parking pun jauh juga laa sikit kena jalan..baca dari review food memang sedap..  depan pintu sahaja dah beratur punya panjang sebab masing masing menunggu nak masuk...sebab we all dah booking meja terus duduk sahaja dan Syed and wife pun dah sampai dah..

 Kids excited laa tengok gambar Fattah ada kat wall.. mereka cakap Ummi, Abah tengok Suri hati mr Pilot.. hahaha.. kids suka tengok cerita tu walaupun takde laa tengok hari hari ..mereka tengok sebab berkenan dengan baju "kak lofa"..kwang kwang.. 

  elok kami duduk sahaja  the man itself Fattah Amin  masuk dalam cafe.. woww the crowd goes crazy jerit nama dia...girls dah start serbu him kat depan untuk ambil gambar and berselpie.. our boys pun sangat sangat excited ..mereka pun tak ketinggalan ..haha..adoii kelakar sungguh sanggup pula mereka sebab teruja nak tengok dekat dekat..
 dapat laa juga mereka bergambar dengan Fattah ..


 
                          Geram sangat Fattah dengan Emran..hehehe.. 

 Fattah melayan peminat dengan begitu baik skali..sangat merendah diri dan tidak sombong.. dia sentiasa senyum sahaja untuk selfie dengan peminat peminat dia.. he also goes around from table to table bercakap dgn guest bertegur sapa

               
                               Fattah datang ke meja dan we all ajak bergambar bersama ..abaikan my face yang tak berapa ready tu..sebab mula mula dia berdiri..tinggi sangat sampai terlindung pula kami ..hahaha.. jadi kami suruh dia duduk husband pula terus snap.. 

 The concept of the Cafe is order kat counter dan bayar... menu all western food.. ada nasi lemak juga hasil air tangan ibu Fattah tapi tak sure ada ke tak malam sebab dia tulis kat menu breakfast specual..  ada juga teh tarik special Mr Pilot.. .
we wanted to try goddiva sandwiches yang famous tu  tapi sold out..so we settle down with chicken chop, lamb chop, carbonara, burgers and also butter rice chicken..



Foods memang superb sangat sedap..harga pun reasonable.. takdelaa sampai harga  makan kat hotel untuk sepinggan spaghetthi. range of food between RM15 - RM30.. ada dessert best juga tapi kami dah full actually nak menambah dessert ..insya'allah till next time

cafe pun cosy senang buat discussion ..disebabkan ramai memang lambat sikit laa dapat makanan sampai... tapi takpelaa kids pun ok mereka buat aktiviti masing masing dengan paper and pens... di luar masih ramai yang beratur tunggu tempat.. dengar ada yang beratur sampai 2 jam lebih sebelum dapat masuk..itu pun dah lewat sebab cafe tutup jam midnight  tak silap..




atas - Butter rice with grilled chicken.. bawah chicken burger.. seriously sangat sedap.. 



Sambil tunggu makanan sampai kami discuss about the hibbah takaful..banyak yang diperbincangkan and alhamdulillah rasa memang dah kena mula dah make a move untuk ini untuk jaminan masa depan anak anak..


           

 Time nie  da jam 11.15 pm tak silap.. Fattah dah balik kot atau masih ada kat luar lagi layan peminat.. amik gambar berlatar belakangkan poster dia yang cun nie.. 



  we Finish the discussion pun nak dekat 11.30pm.. kami bangun sahaja ada yang dah ambil tempat .tak sure laa mereka sempat lagi ke tak nak makan  sebab cafe tutup jam 12 midnight..harap ada rezki mereka laa

  overall memang puas hati sebab makanan sedap..memang dah masuk dalam wishlist untuk repeat lagi .. 

my advise kalau nak datang malam utk lebih dari 4 pax elok booking few days sebelum plan nak datang sebab kalau walk in dikhuatiri takde tempat laa dan terpaksa beratur panjang pula....tapi kalau dah betul booking kalau tak jadi datang call laa cafe untuk cancel..boleh bagi chance kat orang lain pula..





Details nak ke sini








Lokasi di Dataran Sunway Kota Damasara.. landmark berhampiran dengan Bank Islam..  siapa yang tak familiar guna google map atau waze terus sampai..



Semoga terus maju jaya untuk pelakon Fattah Amin untuk perniagaan cafe ini dan juga semoga terus menyerlah dalam kerjaya beliau.. 


Tuesday, November 01, 2016

Weekends yang penuh - Family Wedding


Last weekend penuh family wedding...alhamdulillah its nice to see all the relatives around..both wedding is anak saudara sepupu punya wedding..

1st wedding on Saturday kat Regency Hotel KL.. Our cousin Abg Zul and Wife terima menantu sulung.. Tahniah untuk Hakimi dan Farah..



  This time we all suruh Shat angkut the 4 children skali and we alls tolong tengok tengokkan..Sakinah is too attached to Mimi..hehehe sampai balik tak nak lepas..

Wedding kedua on Sunday kat De Orchid Gombak..Our cousin punya anak wedding juga.. Tahniah untuk pasangan Izzul Izzat dan Anis.. and ini merupakan menantu ke 2 kak Wiha..

 ( Gambar pinjam dari camera my cousin..hari tu busy jaga askar2 yang ramai tak sempat amik gambar..)

  buat kedua dua pasangan , Semoga ikatan perkahwinan yang di bina akan berkekalan ke akhir hayat insya'allah..