Monday, April 16, 2018
Long Hiatus... Mak Dalam Kenangan ( Part I)
its been a while tak blog... quite busy with lots of things.. yang pertama skali untuk berita menyedihkan untuk April adalah Mak mertua yang dikasihi pergi untuk selama lamanya..
Hari ini 16 hb April 2018 genap 12 hari Mak pergi..pergi yang mengejutkan.. Last sekali jumpa Mak pada awal Mac.. Mak tidur rumah kami sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak anak kak long di Batu Caves.. Mak datang sehari awal iaitu pada hari sabtu 9hb Mac.. seronok bila mak sampai mak rehat di bawah..since dah maidless mak dah cakap nak datang tidur di bawah senang untuk dia..tak larat nak naik tangga
Mak sampai dalam pukul 6 lebih macam tu..mak request nak makan kuih..kebetulan kat rumah kami kuih frozen pun takde..tapi ada sikit kuih frozen karipap..so husband gorengkan sikit kuih tersebut.. untuk dinner mak tak nak makan rasa kenyang tapi mak share share juga makanan yang husband belikan untuk dinner ..dan tetiba Emran pula request nak cekodok tok..mak macam cakap ok malam nie tok akan buat cekodok pisang yang Emran nak.. so pergilaa husband ke kedai runcit di Bukit Subang beli pisang..mujur kedai masih buka..dan pukul 10 lebih macam tu mak mengadun pisang buat cekodok pisang dan malam tu juga mak goreng cekodok pisang puas Emran makan..
Masa kenduri tu tergerak kami pergi satu kereta sahaja..walaupun sempit sikit tapi takpelaa.. asalkan satu kereta aje..Kami bawa mak ke sekolah kids dulu ( kebetulan Najla ada kelas tambahan ) dapatlaa mak tengok sekolah anak anak..sampai rumah ayah uda dah tengah hari..lama juga kami duduk sana few hours jugalaa..mak seronok berborak dengan anak anak saudara sebelah arwah ayah..
balik kenduri sampai denai alam dah lewat petang sebab jem pula masa balik tu.. mak rehat sekejap dan malam tu since adik adik ipar kerja keesokan harinya ( adik ipar yang turun KL bawa mak Ina dan Ashraf) mak balik juga ..
Mak peluk kami semua.. mak cium kami semua dan kata insya'allah awal may mak turun lagi sebab pada awal may ada lagi satu kenduri anak saudara di Ampang pula..
Gambar terakhir ambil bersama mak semasa kenduri..
pada 2hb April 2018 petang tu husband terima whatsapp dalam group adik beradik dia kata mak tak sihat..mak demam panas dan meracau racau..( Mak pernah alami ini sebanyak 2 kali).. mak berkeras tak mahu ke hospital tapi Ashraf paksa juga bawa ke hospital.. Sampai di hospital Sungai Petani mak di tahan di zon kuning..wad semua penuh..Dr drip kan mak. kemudian buat xray..tapi takde apa result xray.... just dalam zon pemantauan ( zon kuning).Mak makin penat jadi diberi oksigen dan mak menepis nepis doctor melarang diberi ubat..
Seharian di zon kuning masih tiada tindakan apa apa..masa berlalu pada 3hb April tiada berita positid dari Sungai Petani.. husband di sini kegelisahan..dalam tengahari husband terima berita kurang menyenangkan dari sana, husband whatssap myself dalam tengah hari macam tu cakap adik adik dia bagitau dr kalut kalut xray mak semula keputusan dia ada jangkitan kuman kat paru paru..air kencing juga ada jangkitan kuman ..nampak Mak makin tak OK.. mereka bawak nak buat CT scan nak tengok ada bleeding tak di otak..
bertalu talu whatsapp masuk.. pukul 5pm kata mak kritikal.. 50 -50 .. husband balik kami terus decide cara tercepat nak sampai Utara..biar husband berada di sisi mak dan kami dah berbincang mak sihat aje husband nak bawa mak balik tinggal dengan kami kejap di di sini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment