Friday, December 30, 2016

Najla's 11th Birthday Dinner - at Stalkers Cafe

We were here again at Stalkers.. kali nie bawa geng ramai.ahakss..Surprise birthday dinner for Najla's 11th Birthday... quite last minute planning juga bila secara sepontan teringat pada sahabat- sahabat semasa kerja di Alpha dulu..so ajak mereka laa untuk dinner bersama.. Stalkers cafe terletak a few steps away sahaja dr Alpha tu.. senang untuk mereka if mereka kena stay back due to evening clinics.. 



 Reservation was made earlier ..dan juga inform kat the person in charge nak order the birthday cake skali.. We choose the Nutella Cheese cake ( 1 whole cake)  yang sedap tu..drooling tengok kat instagram @amardele.sugary


Plan for early dinner since the cafe was fully booked on that day  ... so solat maghrib kat sana..Stalkers cafe menyediakan tempat solat yang selesa walaupun kecil.. tapi tak mengapa cuma nak solat sahaja..arrived there before maghrib so solat gilir gilir.. myself solat dengan Najla dulu sebelum the boys.. and sebelum solat adik perempuan Fattah sedaya upaya nak clear off the surau untuk jadikan lebih selesa,ya allah sampai macam tu skali..padahal we all ok sahaja as the telekung semua bawa sendiri dah..

 
Dah sampai dah.. the favourite area nak ambil gambar



 by 7.30pm semua makanan dah sampai.. and friends pun dah sampai..apa lagi... dinner time.. oh yaa since we all datang ramai ( more than 25 pax) so memang dah whatsapp siap siap list what to eat supaya senang chefnya prepare..makanan tak payah cakap memang sedap..what we had for dinner was Godfather Sandwiches, Spagheti Oglio olio, Chicken chop, lamb chop, burgers and Carbonara..


Friends from Alpha..we were office mate 5 years ago..kejapnya dah berlalu 5 tahun dah 

 Selain daripada itu ajak skali ex officemate masa kat tempat kerja sekarang, my dearest Nadirah dan juga Zurinah..alhamdulillah both of them are available ..

Alhamdulillah dapat juga jumpa Zurinah ..dia dah pindah balik KL..

 Najla tak tahu actually dinner surprise ini..bila sampai sahaja dia sangat sangat excited.. one of her favourite places to eat . 



pernah bekerja bersama di Alpha..thank you for coming yaa..






     besides Najla, my dearest friend ex collegue from the current company  Zurinah pun birthday dia same date dengan Najla..so jeng jeng jeng..order juga  chocolate bouquet sebagai hadiah..terkejut kawan tu..hahaha.. surprise menjadi..suka sangat...



Di hantar ke Cafe sendiri as requested.. same birth date cuma lain tahun aja..ahakss


   for dessert ada 2 cakes..satu bawa sendiri ( order yang kecil sahaja edible image cake) satu lagi yang nuttella cheese cake tu..dah inform dah since semua dah selesai makan dinner.. so time untuk dessert laa.. 


ini cake pertama.. edible image victoria sandwich cake..



Victoria sandwich cake edible image.. gambar Najla and Fattah amin masa 1st time datang stalkers 


cake ini pun kejap aje licin..sedap alhamdulillah dan cukup untuk semua orang..sambil makan cake nie ..agak lama juga tunggu cake nuttella tu keluar.....duk fikir juga eh kenapa laa lambat bebenor nie.kalau lambat tapau ajelaa....rupanya mereka buat surprise.....


suddenly cafe senyap dan terdengar lagu Happy Birthday di pasangkan sambil seorang crew Stalkers bawa keluar cake dan jalan kat Najla.. ..ya Allah terkedu juga we all..speechlesss.. sebab we did not expect this.. we did not expect at all sebab ideanya just cake biasa untuk dessert untuk semua yang hadir..

Najla dah terdiam dan terkejut gaks..hahaha.. adoii.. thank you so much for the hospitality of the stalkers cafe team.



Muka terkejut Najla....


  Cake nuttella tu memang sedap sangat.. exlusive hanya dijual di Stalkers Cafe dan blokke kat Citta Mall tu.. semua kata sangat sedap..memang dah rasa macam tak puas aje makan..hihi ..mujur laa cafe stalkers kat KD we all kat Shah Alam..kalau kat Shah Alam dah lama dah rasanya muka nie datang untuk beli cake tersebut seminggu sekali..ahaksss..


Settle semua time untuk ambil gambar sebelum beransur pulang.. thank you so much untuk kawan kawan yang hadir.. dan juga untuk yang berikan hadiah untuk Najla..



semenjak bertukar kerja..we do in touch via whatsapp and FB.. insya'allah ada rezki boleh jumpa lagi..

 Untuk my friends just a token of appreciation myself order painted swiss roll untuk everyone...just a small token ... tq untuk farah zulaikha yang make it happens walau pun masa tu dia cakap tak dapat nak siapkan order sebab air takde.. awal-awal tu cakap takpelaa bukan rezeki kot tapi dia dengan gigih berusaha juga untuk siapkan semuanya..siap hantar lagi ke tempat kejadian..thank you ..semua dah rasa cake dia buat nie..memang sedap..harga pun reasonable.. 
boleh stalk instagram dia farahzulaika untuk tengok hasil kerja dia..sangat sangat cantik...






     Alhamdulillah a simple and meaning full dinner sebab sambil tu reunion dengan kawan kawan...tetamu yang hadir semua puas hati.. 

cosy cafe , great environment dan layanan terbaik dari mereka semua.. and alhamdulillah memang cafe ini sentiasa fullhouse..semoga murah rezki laa untuk pemilik Cafe Stalkers ;  Fattah Amin dan ahli keluarganya.. layanan memang terbaik especially dari family members dia sendiri..sangat sangat humble keluarga ini..


      



                      to my dearest daughter Izzah Najla.. Happy 11th Birthday.. selalu dia tanya ummi napa dia lahir akhir tahun ahakss.. ..slalu tak dapat celebrate dengan her friends at school..ummi cakap its ok.. we celebrate together

semoga membesar menjadi anak yang solehah dan semoga berjaya dunia dan akhirat.. lot of love..



 


 

Friday, December 16, 2016

Short Family Getaway with the Inlaws - Lumut 3 Hari 2 Malam


Last Week bawa anak -anak untuk short break dengan family husband ke Lumut.. percutian yang dirancang dengan penyumbangan dana pada tabung keluarga Hashim setiap bulan satu family..

 So memang plan awal- awal untuk pergi bulan Dec.. semua yang bekerja di wajibkan ambil cuti.. Alhamdulillah semua adik beradik Ipar dapat sertai percutian ini.. Planning ke Lumut sahaja sebab ada yang tak dapat cuti panjang .. takpe asalkan semua happy dan dapat jumpa semua skali dah kira bersyukur..


 Total Rombongan adalah 20 orang..so booking 5 hotels room..awal nak ke Damai Laut resort..tapi baca review kat semua web macam tak best sahaja.. banyak tak OK dari OK..so kita settle down cari tempat lain.. yang penting ada swimming pool untuk anak -anak main puas puas.. searching for hotels via trivago memang berbaloi..Ends up the best deal is Sfera Hotel, Lumut..booking for 5 rooms.. 

 Mula-mula semua janji nak jumpa di UTC Gopeng.. dari sana bergerak ke Kellie's Castle.. 
takde apa laa sangat kat Kellie's Castle..just a mansion tak larat nak daki naik..hahaha..tapi kids naik laa sampai atas..




Spend dalam 20 -30 minutes sini sebab cuaca panas sangat tak larat dah anak -anak semua... lepas tu bergerak makan tengah hari dan terus ke Lumut... Arrived kat Lumut almost 3.00pm ..the hotels located kat Bandar berdekatan dengan semua kemudahan yang ada... 
smooth check in...pekerja yang sangat ramah...room pun spacious dan bersih....

petang kids seronok berendam kat Pool..takde orang mereka laa conquer pool...wahhh memang heaven pool dia besar..



Lepas maghrib plan keluar untuk makan malam..awal nak ke waterfront Lumut..tapi tutup pula so settle down ada kat warung nama nasi kukus apa tah..  ... the price is so expensive so my bro inlaw minta detail bills,, it seems mencekik darah sebab we all datang ramai...last datang laa dah highly not recommended 


Esoknya planning ke Telok Batik..this time tak sempat nak ke Pangkor so kita settle down kat telok Batik sahaja..bergerak lepas breakfast..kids mandi sampai tengah hari sementara we all cari laundry.. banyak baju basah senang cuci kat self service laundry..

 

after Solat Jumaat ronda ronda Aeon Manjung..then bergerak ke Lumut Waterfront untuk melawat KD Rahmat @ Muzium perang...malangnya dah 2 bulan rupanya tutup sebab according  to pekerja yang jaga gerai sana takde orang nak jaga..alahaiii 
so we settle down makan ABC kat sana dan anak anak main kat playground 



then terus balik hotel sebab mereka nak berendam kat pool pula..apa lagi memang sampai hotel mereka berendam laa kat pool sampai nak maghrib..


esok nya dah checkout.. balik kali ini tak ikut highway,,ikut jalan lama from teluk intan to Kuala Selangor.. beautiful scenary... mak dan my inlaws bergerak awal ke utara..dalam tengah hari received whatsapp dari mereka menyatakan mereka stuck dalam traffic jem 3 jam lebih due to lori terbalik dari Terowong menora ke sungai Perak...adoii kesiannya We were supposed to go to Alor Star for a cousin Wedding tapi tak jadi laa so Mak and inlaws  ajelaa yang pergi.. mereka reach Alor Star dalam pukul 6.00petang 


We reached Shah Alam around 4.30pm..takde banyak pitstop tapi banyak lori so slow drive ajelaa..sampai tanjung karang berenti cari cendol dulu.. then baru gerak balik via guthrie highway..cepat sikit sampai..





 

Friday, December 02, 2016

Family Reunion - #Setot Family Day



Last Weekend berlangsung dengan jayanya Hari Keluarga Setot 2016..  Pertama kali di anjurkan dan alhamdulillah dilaksanakan dengan begitu baik sekali.. 

 Idea datang daripada my cousin yang mula membuka whatsapp group untuk mengumpulkan Ahli Keluarga Setot..  this one is from my arwah Dad's susur galur dan berasal dari Segamat Johor..  

 Event dilaksanakan di Ballroom Space U8 ,Shah Alam.. dan memang ramai ahli keluarga yang hadir.. almost 500 people.. tujuan diadakan boleh merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga Setot dari generasi ke 2 atau 3 ke generasi ke 7..

 Event Family day ada tayangan video, and pertandingan untuk children pertandingan mewarna, hias kek.. ada magic show.. clown..pertandingan pakaian beragam..memang meriah laa..
Cabutan bertuah juga ada ..

Barisan AJK mostly terdiri daripada my beloved cousins


  Di samping itu ada tayangan video berkenaan dengan keluarga Setot.. Allahyarham Setot bin Meral merupakan moyang kami..and anak -anak Allahyarham ada 5 -6 orang.. my datuk Allahyarham Othman bin Setot dilahirkan dan dibesarkan di Segamat... so does my late father memang orang Segamat..

 Bawah Othman Clan ada ramai since my arwah dad ada 11-12 adik beradik..setiap my uncle and aunties punya anak yang ramai.. that's why my 1st cousin aje  66 orang... kalau ada event family especially wedding memang meriah laa dapat  berjumpa sekali skala.. most of my cousins dah berhijrah dari Segamat tapi ada few yang masih menetap di sana


 
Othman Clan..sampai tak muat camera ..hehe..ini tak semua yang hadir tau.. kalau semua hadir memang rasa ramai dr nie..


    Najla masuk aje semua event yang dianjurkan iaitu hias kek dengan mewarna..seronok dia sebab cousins dia join sama..Dalam pertandingan mewarna dia dapat no 2.. dapat hadiah stationaries ..seronok yang amat dia..harap pandai jaga laa 



     Secara overall seronok laa sekali skala berhimpun...insya'allah maybe amik masa untuk berkenal kenalan dengan Clan Setot yang lain..semoga event macam nie akan diteruskan di masa akan datang..

Sebelum bersurai gambar ramai -ramai since kat dalam dewan tak muat amik gambar di dalam ... we are FAMILY..semoga ikatan ukhwah persaudaraan akan berkekalan insya'allah..