Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, May 03, 2016

Pesta Buku Antarabangsa 2016- MAEPS Serdang


  A yearly event yang mesti dihadiri..this year Pesta Buku Antarabangsa 2016 di adakah di MAEPS Serdang,,

  Its a different venue as usual ..selalu kat PWTC.. This year together with a friend , Kak Aien Said yang baru kenal last year yang sama minat novel dah terjah on the 1st day of PBAKL which was on Friday 29th April 2016..


We started our journey pagi..alhamdulillah tak jem..Kak  Aien came over dan park kereta at our house since she is staying at Subang Perdana.. so dalam pukul 9am bertolak dari denai alam..reach MAEPS around 9.40am..

Parking berbayar.. RM 3 per entry..ada yang free but kena naik tram..macam tak berbaloi nak naik tram sebab nak beli buku banyak ..so might as well parking dekat sikit ..memang excercise betul sebab kena naik tangga untuk ke hall Pesta Buku

we had fun strolling kat gerai2 novel..dan berkenalan dengan penulis penulis yang kebetulan ada pada hari tersebut.. sayang sekali ada few limited edition novels was not available..

 We spend sempat satu round bag sandang yang di bawa dah berat..so terpaksa turun kat kereta hantar dulu..hahaha...the stocks of novel can last till selepas hari raya..and berbaloi beli dengan discount till 20-25 %..because skarang due to increase of harga barang kebanyakan novels yang dibeli online kena charge postage...no more free postage..
selepas hantar round pertama buku..we go for second round sebab ada satu dua novel sampai lewat..so we just strolling around dan kemudian baru beli novel tersebut bila tengok dah sampai..


 Came in for kali ke 2 on Sunday 1st May since ada few novels yang limited edition datang on 2nd day of PBAKL ..kali nie myself bring the kids along and husband pun ikut skali..yang nie pun parking agak jauh juga and kena bayar RM3 per entry juga.. kena naik bukit..fuuuhh memang exercise betul laa.. since kali ke2 datang dah tahu nak beli apa ..we aim for Hall A sahaja.. husband beli books harga RM1 sahaja..activity books..kids activity books pun harga between RM5 for 3 books..memang berbaloi.. 

datang kali ke 2 tu spend time till 12pm sahaja since kids dah penat dan orang semakin ramai..berbanding kat PWTC where we book in to stay at Seri Pacific memang berbaloi turun 2-3 x tak penat..nie terpaksa habiskan shopping buku in one go laa..



 Anyway got to meet few writers.. and got their signature..alhamdulillah..
Secara overall PBAKL kat MAEPS tempat luas tapi tak berapa convinience ..from transportation to parking..not orang tua or orang mengandung or orang sakit friendly sebab tangga nya quite steep .. only the best one is semua hall ada dalam satu tingkat sahaja..tak perlulaa turun naik satu dua tingkat macam kat PWTC..

    PBAKL 2016 akan berakhir pada 9 May 2016.. 
 
 

Thursday, April 28, 2016

Brainy Mind.. Pengkatifan Minda Dewasa


 Minggu lepas punya cerita.. last weekend berpeluang menimba ilmu utk kursus intensif sehari..alhamdulillah banyak manfaat yang diperoleh..banyak ilmu yang dipelajari...

 Credits : FB Brainy mind


Monday, April 04, 2016

Dalam Kenangan - Allahyarham Mohd Mawi bin Hashim

Assalamualaikum... its a sad day for us last Friday night...we lost a family friend dan juga transporter our children dan sahabat baik husband ..

On Friday night received few calls from Mak Tok ( pengetua Noble kids) but the calls didn't get thru sebab internet kat rumah problem..kali ke 6 ticer rafeeq pula call cakap Atok mawi dah takde dan dia tanya we all boleh tak dtg rumah arwah ..terima call dengan terkejut dan terperanjat..kebetulan husband keluar ambil anak-anak balik dari mengaji..bergegas kami ke rumah arwah ..

  Terkejut dan terkedu..husband said masa ambil anak2 another friend call kata ambulance datang and husband kata its atok mawi yang nak di bawa ke hospital..he wanted to trail along the ambulance..rupanya ambulance klinik kesihatan yang datang ke rumah arwah untuk memeriksa arwah..

   menurut isteri arwah, beliau pada masa itu sedang bersedia untuk mengajar anak-anak mengaji..tetapi beliau batuk , sesak nafas dan terus rebah ke pangkuan isteri ..mereka sangka dia pengsan tak bangun bangun tetapi doc dari kejiranan kami yang datang mengesahkan beliau dah meninggal dunia..Arwah baru sahaja menginjak ke usia 55 tahun dan menyambut hari lahir bulan mac yang lalu..

 bercerita tentang beliau memang sangat special..arwah merupakan orang pertama yang kami kenal sejak kami berpindah ke Denai Alam sejak 6-7 tahun dahulu..sebelum ini arwah dan keluarga tinggal satu lorong dengan kami since Pn Roziah ( isteri arwah ) merupakan co owner Noble kids dulu sebelum arwah pindah ke lorong yang lain..

  sejak dari itu memang arwah dan family sangat rapat dengan family kami terutama husband merupakan teman dia ngajak mengeteh..teman masjid etc..  .. co insident arwah yang membesar di Keramat kenal dengan family yang menjaga husband masa kecil dahulu dan terbuka laa cerita-cerita lama yang rupanya mereka saling mengenali masa dahulu
 nama anak pun sama iaitu anak kedua arwah juga nama Najla .. 

Since Najla masuk darjah 1 arwah laa yang menghulurkan pertolongan untuk menghantar najla ke sekolah bila husband cerita kat dia agak sukar untuk mendapat transporter yang dipercayai..since then arwah start laa memulakan inisiatif menghantar anak-anak denai alam ke sekolah bukit jelutong, bkt subang ..cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini arwah cuma fokus untuk hantar anak ke SRIP BJ -Bkt Subang- Denai Alam shj.. Ramai yang mempercayai arwah dan memilih arwah sebagai transporter mereka sebab arwah akan hantar mereka sampai depan pintu..bukakan pintu kereta dan ensure mereka masuk dengan selamat baru bergerak..sama juga bila hantar ke sekolah arwah akan hantar sampai pintu depan sekolah.. bukan tinggal sahaja anak-anak di tepi jalan dan suruh mereka berjalan sendiri ke sekolah..itu istimewanya arwah..he treats every children like his cucu..pada hari kejadian arwah hantar Najla balik dr sekolah dlm pkl 1.00pm mcm tu sebelum arwah ke masjid utk Solat Jumaat.. I met arwah last week masa ambil report card Rafeeq di Noble kids ..


Selain menjadi transporter arwah juga mengajar anak-anak mengaji..arwah bukanlah berkelulusan pendidikan islam..arwah dahulu bekerja dengan MAS sebelum berhenti dan bekerja sendiri tapi arwah tetap tidak lokek berkongsi ilmu dengan mengajar anak-anak di kejiranan mengaji..





                                            Gambar lama ..arwah bersama husband



alhamdulillah ramai anak-anak yang menjadi penumpangnya  semasa masih tadika mengenali arwah walaupun mereka dah menginjak ke alam persekolahan....arwah dikenali sebagai atok mawi di seluruh denai alam.. dan kereta naza yang arwah bawa memang sangat famous di seluruh denai alam...
dan menurut husband arwah memang pakar main chess..tetiap malam selepas isya husband akan mengeteh dengan arwah di kedai makan yang berhampiran sambil menemani arwah main chess.. 

 dua hari sebelum arwah meninggal dia ada ajak husband mengeteh tapi kekangan masa sebab husband sibuk dengan bomba menyebabkan husband tak larat nak keluar selepas isya.. dan kebetulan 1hb April memang husband free ngajak arwah mengeteh selepas arwah selesai mengajar anak-anak mengaji jam 10pm tapi Allah lebih mengetahui apabila arwah kembali pada pencipta pada jam 9 ..
 
 banyak sangat kebaikan arwah..malam tu memang kami tak boleh tidur sebab terbayang kebaikan2 yang arwah tolong pada kami sekeluarga...semasa kami menunaikan umrah berdua  pada tahun 2014 arwah yang bersusah payah belikan barang2 dapur utk mak memasak sepanjang ramadhan..kalau kami nak ke airport arwah laa yang menghulurkan pertolongan untuk menghantar ke airport tanpa sebarang bayaran.. ..husband hold back  his tears..dia cakap terlalu sedih...dia yang rapat dengan arwah

 ramai yang datang melawat jenazah arwah.. terutama anak-anak yang menjadi penumpangnya dan keluarga mereka..sekejap sahaja rumah arwah dah penuh..dan segala urusan arwah memang dipermudahkan..

  solat jenazah yang dilakukan di surau Al Abrar Denai Alam juga begitu ramai yang hadir..begitu juga ramai yang mengiringi beliau ke tempat persemadian.. 



  perjalanan terakhir ..Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya
 

 He surely gonna be missed by my children..tiada lagi atok mawi yang menghantar anak-anak..tiada lagi atok mawi yang akan mengusik bergurau senda dengan anak-anak ini.. kids nampak MPV hitam sahaja kat jalan they will say ehhh itu kereta atok mawi... insya'allah moga jasa arwah atuk mawi mereka tidak dilupakan..










    

 

 

Thursday, March 17, 2016

Kenali Kerjaya Ahli Bomba


last tuesday we tagged along husband yang bawa anak-anak murid kadet bomba untuk lawatan sambil belajar ..since husband merupakan guru penyelaras for Kadet bomba he has plan the whole event with the help of anggota bomba balai TTDI..


parked our car at Balai Bomba TTDI..then naik bas bomba.. 


1st pit stop - Air Rod subang di mana terdapatnya Unit Udara Bomba.. dari sini we learn all about Unit udara bomba..bomba pun ada juruterbang mereka tersendiri ..and salah seorang juruterbang terbaik mereka adalah seorang wanita...(waaaa kagum..kagum...) 

selepas mendengar penerangan, then di bawa melawat ke hangar di mana helikopter bomba disimpan.. awal-awal according to the penyelaras, kids below 12 tak boleh masuk oleh Air Rod Subang..tapi alhamdulillah last minute the Kapten kasi masuk.. kids memang excited laa tengok helikopter bomba tu..berpeluang duduk dalam helikopter.. 






 We also learn about their peralatan yang digunakan semasa bencana dsb.. they also have pasukan komando bomba..ni nak masuk memang hati kena kental laa sebab their training involve survival skills dalam hutan


2nd pitstop akademi bomba Kuala kubu baru..yang ni merupakan pusat latihan mereka di mana pelatih-pelatih yang terpilih akan menjalani latihan kebombaan di sini..it was a nice and cosy place kat Kuala Kubu baru..




          Facts learn about bomba di malaysia.. hanya ada 13K sahaja ahli bomba di seluruh Malaysia.. and kos satu jentera bomba bersama peralatannya adalah around 6.8 juta...wauuu memang mahal jentera bomba

       memang an eye opener untuk mengenali kerja ahli bomba.. 



Tuesday, February 23, 2016

Trial untuk berniaga roti... Mari mari datang ke Weekend Bazaar


Berpakat dengan seorang kawan untuk start jual roti kat Weekend Bazaar.. 

insya'allah we will be at these area dalam bulan March

5th March 2016 -6th March 2016 - Bazooka Bazaar Presint 16 Putrajaya
 starts at 8.00am  


11th March 2016 to 13th March 2016 - Putrajaya International Balloon Fair

19th March 2016 -20th March 2016 - Padang awam seksyen 7 Kota Damansara untuk kejohanan bola sepak


Jom support kami yaaa.. harga roti tak mahal antara RM 2.00 hingga RM3.50 sahaja.. selain roti my friend akan jual ciskut  dan juga puding.. 






 

Wednesday, February 10, 2016

Engagement Yap + Yana kecik..



    long CNY holiday balik Sg Petani ..as planned ada misi yang perlu disempurnakan..misi bertunang Bro In law Ashraf dengan his highschool sweetheart ..

      They had been in relationship for quite sometimes..since both of them study kat sekolah sama di Sg Petani.. seperti yang dipersetujui majlis pertunangan akan di adakan pada hari Isnin 8.2.2016..

   


     Orang kedah juga Yana kecik..she is from Yan.. so ok laa tak laa jauh sgt pun :-)... kami datang 4 buah kereta..just adik beradik husband sahaja.. its a small occasion.. insya'allah cukup sahaja mereka kumpul duit baru mereka akan kahwin memandangkan masing masing baru bekerja,,

              
  after majlis bertunang we all pun berangkat pulang ke KL since hari rabu kids dah mula sekolah dan juga myself pun dah bekerja..smooth journey home..alhamdulillah ..




        

Wednesday, January 06, 2016

New School term 2016


  sekejap sahaja dah masuk 2016.. new school term 2016 ..this year Emran melangkah ke tahun 1 manakala Najla ke tahun 5..

 after much discussion with husband we decided to put both of them at Sek Intergrasi.. its a one session and a combination of Sek Keb + Sek agama.. and hopefully both of them will be able to memorize the Quran.. our prayers and du'a for them insya'allah..

 Najla went to SRIP BJ while Emran in SRIP Denai Alam.. actually they supposed to be in one school but due to unforseen circumstances standard 5 and 6 classes are at SRIP BJ..




      Penat juga marathon hari pertama sekolah..beside sending Najla for her first day at SRIP just to ensure that she is not "lost there"  while the boys naik dengan atuk mawi.. balik singgah sek Emran untuk jenguk dia..  Emran being the macho guy sampai sekolah jumpa kawan terus lupakan ummi..  while Rafeeq adapts well at Noble Kids tanpa abang..

   cuma Rafeeq yang kelakar dia balik lenggang kangkung kata beg lupa letak mana..kwang kwang..aduss..wasapp his class teacher and they found his bag somewhere..adoii laa rafeeq



Tuesday, January 05, 2016

Belated Entry... Happy 10th Birthday my dearest Izzah Najla


                        A letter to my daughter on her 10th birthday..


              30th Dec 2015 genap usia mu 10 tahun..Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan ..
how fast you have grown up and i believe if your atuk masih ada he will also say the same..

             Nothing much special for your birthday.. we granted your wish to purchase a box of lego friends..
Moga Najla menjadi anak yang solehah yang akan mendoakan kami nanti..dan moga Najla akan menjadi rujukan dan pelindung untuk adik adik nanti ..



Tuesday, December 29, 2015

Discoveria @ Avenue K


 Cousin's day out...memang seronok the 3 of them bila di ajak ke Discoveria untuk tengok dinosaurs..it was a last minute planning dengan my cousin Mimi and her family ..since the children tak puas nak main sesama  during the kenduri aqiqah so why not ajak outing..

  
    We plan to meet at Discoveria before 10.00am since dia buka at 10.00am..alhamdulillah tak jem sebbab we all pergi masa hari Krismas .. ...Avenua K is a new shopping mall kat jalan ampang..just opposite KLCC..

     
 When we arrived takde orang datang lagi..hehehe..best laa kami jadi orang kedua beli tiket..beli guna cimb or maybank card dapat discount 20 % ..the ticket is price at RM25 per head..lepas diskaun dapat RM20 per head..

  Masa trail dino no camera's allowed ..kids learn all about keturunan dino..and dalam tu ada aktiviti rock climbing juga.seronok laa Emran , Najla , Eusoff and Ayra try rock climbing..cuma Rafeeq sahaja agak takut dan cuak dalam gelap especially bila dino tu gerak -gerakkan ekor dia and also angguk kepala


                                               





       The Dino trail is about 1.5 hours - 2 hours..after that myself and mimi lepak sini while husband and Lamdek pergi Solat Jumaat kat Masjid Syakirin KLCC..its just a 12 minutes walk..
lepas solat we all plan ke GM Klang pulak since the children excited nak beli lego laa plaks..overall memang hari tu berjalan sakan laa kami..


Monday, December 28, 2015

Mummy 68th Birthday



Alhamdulillah 24th Dec 2015, mummy turn's 68...alhamdulillah Allah masih panjangkan usia mummy untuk kami berbakti kepadanya... Our doa moga mummy sentiasa dalam kesihatan yang baik insya'allah..

 Kebetulan pada tarikh ini adalah cuti umum..Shatirah and Musaab adakan jamuan kesyukuran and aqiqah for their latest edition..  We had nasi lemak ayam goreng, char kuay teow, sandwiches and dessert such as cakes, brownies and also kuih muih..




                                                       the gorgeous Victoria Sandwich cakes




  


Monday, December 21, 2015

My latest Niece + Mini go Cart crash


 My sister Shatirah safely delivered a baby girl on 16th Dec 2015 at Tropicana Med Centre .. Alhamdulillah bertambah laa anak sedara... 



After visiting Shatirah bring kids pergi Aeon Seksyen 23 for grocery shopping.. bawa Emran and Najla try the go cart tu..oklaa juga tak mahal sangat.. RM 10 for 15 minutes dan naik berdua unfortunately Najla too excited pergi letak kaki kat bawah dan apa lagi ter accident sikit..kakinya bergeser kat jalan... nasib baik dia pakai jeans tapi jeans tak tebal sebabkan ada kecederaan sikit...apa lagi menangis laa si kakak tu langsung tak nak main dah..



  Emran too excited nak main lagi..next time yaaa.. cuma sebab track nye pendek jadi agak boring main pusing -pusing kat tempat tu for 15 min... next time ada rezki pergi tempat lain pulaks


Monday, December 14, 2015

Convocation Lil BIL + Holiday at JW Marriot Putrajaya





  We had planned earlier for a year end Gathering with the inlaws sempena bro in law Convocation..awal-awal the convocation was planned tp be held in PWTC tetapi ditukar ke PICC...

  Sambil meraikan konvokesyen sambil membawa anak-anak bercuti.. booked 4 rooms kat JW Marriot Putrajaya.. Since hari Jumaat adalah public holiday untuk Selangor, so we checked in on Friday 11/12/2015..

 The hospitality at JW Marriot Putrajaya was superb... Called them for early check in since everybody tired selepas bangun awal pagi jumaat tu temankan lil BIL ( Pak Su Yap) ke PICC untuk rehearseal dan amik jubah konvokesyen ..

Hari pertama sampai check in.kids boring dalam bilik so ajak mereka turun ke Kiddy world.. takde banyak benda yang menarik sangat kt Kiddy world..their PS2 rosak..cuma kids boleh tengok movie like madagascar, minions etc

petang hujan renyai -renyai tapi after Asar turun juga bawa mereka ke Pool..memang heaven laa pool nye..besar dan puas hati..boleh main water polo dan juga boleh main beach ball sebab dia ada mini beach volley ball court 





 malam mereka sema nak jalan -jalan round Putrajaya tengok suasana malam but our kids dah letih dan tertidur awal.. 12.12.2015 konvokesyen Pak Su Yap sidang Petang..sempat laa mereka seround turun Pool lagi..

             Alhamdulillah lil BIL berjaya tamatkan pengajian dalam bidang Education ( Major Counseling / Early childhood ). Usaha gigih beliau memang berbaloi since he really works hard kerja part time untuk membayar yuran pengajian...he started dari bawah..lepas SPM ..amik STPM...then dapat tawaran masuk kolej TAJ , Ipoh .. working part time jaga CC, kerja tolong jadi penanggah orang kawin ( member dia) dsb untuk mendapat duit lebih

            

 Mak orang yang paling gembira..alhamdulillah anak bongsunya berjaya menamatkan pengajian..out of 6 anak-anak mak ..ada 3 degree holder dan 3 diploma holder...alhamdulillah..

Friday, November 20, 2015

Outdoor Photoshoot - Emran and Friends..


 Cantik kan gambar -gambar nie.....me yang tengok pun memang terujaaaaaaa...hasil yang superb dari Izzat..
 Its outdoor photoshoot for Emran and his classmates including the teachers...

 Actually Emran teacher approaches us untuk tolong ambilkan gambar... teacher nak convocation bln 11..so teacher tanya boleh tak tolong amikkan gambar untuk buat outdoor.. since myself not available and we all pun bukan laa profesional untuk amik gambar so menanyakan si Izzat boleh amikkan ke... alhamdulillah Izzat free pada hari Rabu lepas ..

 








 Semoga menjadi kenangan untuk Emran dan kawan -kawannya..Moga persahabatan mereka berkekalan insya'allah.. tahun depan Emran akan melangkah ke tahun satu dan kami dah decide nak masukkan dia ke sekolah Intergrasi di area Denai Alam  supaya insya'allah Emran boleh jadi seorang al hafiz   sebelum mencapai cita -citanya...




Saturday, November 14, 2015

Noble Kids 2015 Annual Concert and Graduation day


Selesai sudah persekolahan Emran di Noble Kids..he was in noble kids since he was 2 years old..Alhamdulillah...thank you cikgu cikgu yang mendidik Emran..

 This year he was involved in teater musical play sultan Al Fateh..the teachers trained them well...
Rafeeq first experience with his 4 years old classmate atas pentas..sengih sengih aje.,,hehe...





 
Kudos teacher2 muda yang selalu update parents via wasaap group...seronok sgt...teacer tue dah  macam adik2...
 
next year insya'allah Rafeeq sorang akan meneruskan perjuangan di Noble kids ..

Saturday, October 10, 2015

Happy 4th Birthday Rafeeq


Celebrate kat Noble kids denai alam,....Alhamdulillah cuaca Ok...tak jerebu..
this year he requested Lego theme...







blanje breakfast skali untuk anak2 noble kids ...mac and cheese serta sandwich telor..suka tgk anak2 makan...

teacher Rafeeq yang banyak tlg organizekan..Alhamdulillah..

Happy birthday my dearest Rafeeq...

Thursday, October 08, 2015

Najla warded 01 okt till 07th Oct


 last week Najla down with fever which was not cured.. temperature maintain at 38 and shoot up to 41...fuhh memang mencabar laa nk turunkan the fever..i inserted voren sup 25mg kat buttocks dia pun after few hours pun temperature tak turun...

  first time selepas dia demam on 29th Sept 2015  we went to Dr Ahmad the next day..Dr Ahmad said ada banyak white spots on the throat and tonsil bengkak..he gave oral antibiotiks..however it was not cured with the oral dose so on 1st Oct went to see the doc again...Dr check her temperature and terkejut becoz its still 40 degrees..malam tu juga needs to admit her


    she stayed for 7 days 6 night.. the discharge asik bertangguh from Ahad 4th oct to yesterday due to on off fever...and Dr ahmad decided biarlaa sampai takde fever baru leh discharge..

   Alhamdulillah yesterday doc kasi green light untuk discharge...syukur Alhamdulillah...needs to follow up in  one week time and she will be on sick leave till end week..


Monday, September 28, 2015

Long Overdue Post... Its September


Overdue post... 22nd September till 27th September a week School Holiday..

 kids stay at home sebab myself pun tak dapat nak amik  leave.. so kids and husband  buat aktiviti cycling..Opss sebelum tue thank you husband hadiahkan satu foldable bike sempena birthay ke 35.. beli kat Basikal.my kt sg chadong, Klang.. memang murah laa sebab harga kilang compared to other shops....gigih mengangkut basikal beserta basikal baru Rafeeq..kalau sape2 nak beli basikal boleh laa ke basikal .my ..anak2 gigih mengayuh basikal round Denai.. bukan round seluruh Denai Alam memang semput laa..sebab Denai Alam dah besar..so kids mengayuh dari rumah ke kedai  and mengayuh dari Rumah ke rumah mum..woo jauh juga tu sebab kena naik bukit..rentas taman.. Rafeeq sampai give up..nak tolak basikal aje..hehehe..





September birthday month for both of us..takde apa celebration pun ..just keluar makan ...Husband turns 40 on 23rd September.. (  A day before Aidiladha) ..Harap both of us dikurniakan kesihatan yang baik..insya'allah..

Hari Raya Aidiladha di Denai Alam sahaja..not going elsewhere 

Since i am an avid fan of novels.. yesterday ada pelancaran novel bulan Sept from Idea Kreatif. Production.. IKP.. .. actually tetiap bulan ada tapi takpernah pergi..selalu order online sahaja.. sebab jauh sangat nak mendrive ke Kajang.. hihu..Anyway semalam juga special day of one of the writer + owner IKP..decided to surprise her with a special cake..thank you one of the baker @petitesyireen_customcakes yang sudi amik tempahan and sudi deliver..syukur alhamdulillah .. adik ini sangat creatif  and hasilnya memang sangat cantik...

 






Tuesday, August 18, 2015

Friends + Family Gathering @ Ruang event space shah alam



thank you for coming..Alhamdulillah dapat berjumpa tahun ini..minta maaf andai ada kekurangan daripada pihak kami..



 We booked at Ruang Shah Alam after google from internet regarding the places..its a nice place with ample parking space..semua event boleh buat di sini...few slots during syawal was fully booked..
The owner Ms Emi memang sangat helpful and during that day Ms Emi's husband  dan team pun sangat sangat membantu..

  As for the fotografer ada one student yang memang sudi amik job yang kami offer dengan niat membantu so we hire him..memang picture dia amik superb..sebab definitely tak menang tangan nak amik gambar...( kalau nak hire dia boleh ask his contact number from us)



 
 
kalau ada event nak buat lagi insya'allah will choose this place again .. Ruang event space also have another branch kat Subang...do google more about this place ..

Monday, July 20, 2015

aidilfitri 2015


 Alhamdulillah 1 Syawal tahun nie falls on a Friday...This year husband and I agree to celebrate it in Shah Alam as we just went back to visit Mak in June before Raya..
 Raya in shah Alam as usual its slightly quieter...Cuti raya starts on 15th July ..so we did some grocery shopping sikit...

  We had rending ayam, ketupat nasi, lemang and daging dendeng ..Mum and Shat cooks laksa Johor ..

    


 
Kids have fun at Shat's and musaab new crib...penat seharian tapi mereka langsung tak tido..huhuh...
 
 
 

Friday, July 10, 2015

Ramadhan and new taskforce


Its already going to be 24th day of Ramadhan..Alhamdulillah so far semuanya baik baik sahaja..got a new task force daripada the directors in order for me to push forward  my career...Alhamdulillah syukur memang rezeki laaa

 the task force is more on the Halal pharmaceutical line and new business opportunity where the company are keen to expand the pharma biz towards South East Asia..its the opportunity for me to learn  new things especially on the Halal part in order to get the Halal Certification by JAKIM..
its not easy task..tanggungjawab sebagai muslim..memastikan tak ada benda2 haram dan syubhah untuk menjadikannya tidak halal.. we hope by end 2015 we will get the Halal certified for the line ..

   Moga urusan ini dipermudahkannya.. insya'allah...