Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 28, 2016

Brainy Mind.. Pengkatifan Minda Dewasa


 Minggu lepas punya cerita.. last weekend berpeluang menimba ilmu utk kursus intensif sehari..alhamdulillah banyak manfaat yang diperoleh..banyak ilmu yang dipelajari...

 Credits : FB Brainy mind


Monday, April 04, 2016

Dalam Kenangan - Allahyarham Mohd Mawi bin Hashim

Assalamualaikum... its a sad day for us last Friday night...we lost a family friend dan juga transporter our children dan sahabat baik husband ..

On Friday night received few calls from Mak Tok ( pengetua Noble kids) but the calls didn't get thru sebab internet kat rumah problem..kali ke 6 ticer rafeeq pula call cakap Atok mawi dah takde dan dia tanya we all boleh tak dtg rumah arwah ..terima call dengan terkejut dan terperanjat..kebetulan husband keluar ambil anak-anak balik dari mengaji..bergegas kami ke rumah arwah ..

  Terkejut dan terkedu..husband said masa ambil anak2 another friend call kata ambulance datang and husband kata its atok mawi yang nak di bawa ke hospital..he wanted to trail along the ambulance..rupanya ambulance klinik kesihatan yang datang ke rumah arwah untuk memeriksa arwah..

   menurut isteri arwah, beliau pada masa itu sedang bersedia untuk mengajar anak-anak mengaji..tetapi beliau batuk , sesak nafas dan terus rebah ke pangkuan isteri ..mereka sangka dia pengsan tak bangun bangun tetapi doc dari kejiranan kami yang datang mengesahkan beliau dah meninggal dunia..Arwah baru sahaja menginjak ke usia 55 tahun dan menyambut hari lahir bulan mac yang lalu..

 bercerita tentang beliau memang sangat special..arwah merupakan orang pertama yang kami kenal sejak kami berpindah ke Denai Alam sejak 6-7 tahun dahulu..sebelum ini arwah dan keluarga tinggal satu lorong dengan kami since Pn Roziah ( isteri arwah ) merupakan co owner Noble kids dulu sebelum arwah pindah ke lorong yang lain..

  sejak dari itu memang arwah dan family sangat rapat dengan family kami terutama husband merupakan teman dia ngajak mengeteh..teman masjid etc..  .. co insident arwah yang membesar di Keramat kenal dengan family yang menjaga husband masa kecil dahulu dan terbuka laa cerita-cerita lama yang rupanya mereka saling mengenali masa dahulu
 nama anak pun sama iaitu anak kedua arwah juga nama Najla .. 

Since Najla masuk darjah 1 arwah laa yang menghulurkan pertolongan untuk menghantar najla ke sekolah bila husband cerita kat dia agak sukar untuk mendapat transporter yang dipercayai..since then arwah start laa memulakan inisiatif menghantar anak-anak denai alam ke sekolah bukit jelutong, bkt subang ..cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini arwah cuma fokus untuk hantar anak ke SRIP BJ -Bkt Subang- Denai Alam shj.. Ramai yang mempercayai arwah dan memilih arwah sebagai transporter mereka sebab arwah akan hantar mereka sampai depan pintu..bukakan pintu kereta dan ensure mereka masuk dengan selamat baru bergerak..sama juga bila hantar ke sekolah arwah akan hantar sampai pintu depan sekolah.. bukan tinggal sahaja anak-anak di tepi jalan dan suruh mereka berjalan sendiri ke sekolah..itu istimewanya arwah..he treats every children like his cucu..pada hari kejadian arwah hantar Najla balik dr sekolah dlm pkl 1.00pm mcm tu sebelum arwah ke masjid utk Solat Jumaat.. I met arwah last week masa ambil report card Rafeeq di Noble kids ..


Selain menjadi transporter arwah juga mengajar anak-anak mengaji..arwah bukanlah berkelulusan pendidikan islam..arwah dahulu bekerja dengan MAS sebelum berhenti dan bekerja sendiri tapi arwah tetap tidak lokek berkongsi ilmu dengan mengajar anak-anak di kejiranan mengaji..





                                            Gambar lama ..arwah bersama husband



alhamdulillah ramai anak-anak yang menjadi penumpangnya  semasa masih tadika mengenali arwah walaupun mereka dah menginjak ke alam persekolahan....arwah dikenali sebagai atok mawi di seluruh denai alam.. dan kereta naza yang arwah bawa memang sangat famous di seluruh denai alam...
dan menurut husband arwah memang pakar main chess..tetiap malam selepas isya husband akan mengeteh dengan arwah di kedai makan yang berhampiran sambil menemani arwah main chess.. 

 dua hari sebelum arwah meninggal dia ada ajak husband mengeteh tapi kekangan masa sebab husband sibuk dengan bomba menyebabkan husband tak larat nak keluar selepas isya.. dan kebetulan 1hb April memang husband free ngajak arwah mengeteh selepas arwah selesai mengajar anak-anak mengaji jam 10pm tapi Allah lebih mengetahui apabila arwah kembali pada pencipta pada jam 9 ..
 
 banyak sangat kebaikan arwah..malam tu memang kami tak boleh tidur sebab terbayang kebaikan2 yang arwah tolong pada kami sekeluarga...semasa kami menunaikan umrah berdua  pada tahun 2014 arwah yang bersusah payah belikan barang2 dapur utk mak memasak sepanjang ramadhan..kalau kami nak ke airport arwah laa yang menghulurkan pertolongan untuk menghantar ke airport tanpa sebarang bayaran.. ..husband hold back  his tears..dia cakap terlalu sedih...dia yang rapat dengan arwah

 ramai yang datang melawat jenazah arwah.. terutama anak-anak yang menjadi penumpangnya dan keluarga mereka..sekejap sahaja rumah arwah dah penuh..dan segala urusan arwah memang dipermudahkan..

  solat jenazah yang dilakukan di surau Al Abrar Denai Alam juga begitu ramai yang hadir..begitu juga ramai yang mengiringi beliau ke tempat persemadian.. 



  perjalanan terakhir ..Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya
 

 He surely gonna be missed by my children..tiada lagi atok mawi yang menghantar anak-anak..tiada lagi atok mawi yang akan mengusik bergurau senda dengan anak-anak ini.. kids nampak MPV hitam sahaja kat jalan they will say ehhh itu kereta atok mawi... insya'allah moga jasa arwah atuk mawi mereka tidak dilupakan..