Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 03, 2017

Gala Dinner Wanita Terakhir AJx PERFUME




Attended the Gala Dinner Wanita Terakhir last Saturday Night menemani seorang sahabat  ..Event di adakan di Sunway Putra Hotel Grand Ballroom ..memandangkan on that day we all stay over kat Seri Pacific Hotel so myself jalan kaki ajelaa..

  
After maghrib event sepatutnya start tapi delay ke selepas isya' disebabkan sedikit masalah teknikal..

We all duduk seat Normal sahaja.. ada VIP ada VVIP seat.. Malam tersebut merupakan Malam pelancaran WT limited edition perfume di mana hanya 1970 bottle sahaja dikeluarkan.. 


 

Kenapa 1970 sahaja?.. ianya terjawab pada malam tersebut di mana ia merupakan simbolik tahun kelahiran bonda dutanya iaitu Fattah Amin..memang muda bonda dan ayahanda Fattah..
the touching moment Ibunya menangis terharu..




Doa ibu tiada hijabnya.. its a touching moment untuk si ibu  di mana anaknya berjaya sampai ke peringkat ini dan pastinya ibu dan ayahnya yang sentiasa mendoakan nya.. dan pesan ibu nya pada beliau adalah jangan tinggal solat.. Itu kunci utama... ( yess memang betul.. ) 

Beliau merupakan anak sulung dan beliau bekerja gigih untuk memberi kesenangan kepada keluarga beliau..alhamdulillah




  Wanita terakhir merupakan Brand marketing beliau .. memang dia akui dulu kisah cintanya.. tapi semuanya dah berlalu ..itu kisah dulu, he moved on..  dan kini  beliau dedikasikan kepada ibu nya yang tersayang..
and tak paham kenapa orang nak kecam kecam dia..memang Allah murah kan rezeki dia..branding dia semua laku.. rezki dia Allah dah beri..tak perlu nak dengki dengki dan sebagainya..

 Selain pelancaran tersebut , dia and also Aizat Amdan dan Mel Ramlan perform







           My table no 7 ..berpeluang juga berkenalan dengan rakan rakan baru..








 dan juga ambil gambar dengan bonda Fattah Puan Azizah..orang nya kecil sahaja..sangat sangat humble  dan lebih mesra dengan panggilan ibu.. sesiapa nak jumpa Ibu boleh laa datang ke Stalkers Cafe..






Saturday, April 29, 2017

Booking with traveloka - Seri Pacific Hotel ( Pesta Buku antarabangsa 2017)




Event yang ditunggu tunggu setiap tahun adalah Pesta Buku Antarabangsa.. Bila nampak banner ini aje memang excited nak tahu bila ianya diadakan dan tahun ini diadakan pada 28hb April 2017 hingga 7 Mei 2017..









Tahun ini event akan di adakan semula di PWTC ..alhamdulillah kembali ke PWTC.. tahun lepas event di adakan di MAEPS Serdang.. jadi memang susah nak sebab kena menapak di sana dan sebagainya ..


 Bila adanya di PWTC kami selalunya akan membawa anak anak tidur semalaman di kawasan berdekatan PWTC.. saje untuk membawa anak -anak bercuti sebentar di sana.. Hotel yang menjadi pilihan kami pastinya Seri Pacific Hotel sebab sangat mudah untuk ulang alik banyak kali ke Pesta Buku..tak perlu laah kami sekali gus membeli belah buku.. berat sangat sekali angkut.. hehee.. maklumlaa peminat novel tegar ...

Dengan kemudahan di hujung jari ada beberapa cara terbaik untuk memilih hotel penginapan yang akan bersesuaian dengan bajet dan juga ada kemudahan unutk membuat perbandingan harga terbaik.. ..


Senang aje.. klik pada laman web traveloka dan taip sahaja SERI PACIFIC KUALA LUMPUR pilih tarikh yang dikehendaki dan ..tekan butang search





dan akan keluar laa ikon di bawah untuk memberitahu berapa budget korang untuk satu malam penginapan di Seri Pacific Hotel.. ( Kalau nak dapat murah selalunya memang kena booking awal- awal   sikit laa.. )


Traveloka juga menyediakan platform untuk kita tengok apa kemudahan yang disediakan oleh hotel tersebut seperti di bawah ini..untuk kami suami isteri kami akan cari yang ada kemudahan swimming pool untuk bawa anak -anak berenang  .







Seri Pacific Hotel merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang menyediakan harga yang berpatutan.. kemudahan yang disediakan selesa dan juga merupakan hotel yang berdekatan dengan kemudahan awam .. anak anak seronok menginap di sini sekiranya mereka tahu akan menghadiri event di PWTC..

Bergantung kepada keadaan , perkhidmatan pelanggan yang disediakan juga terbaik kerana ada kalanya mereka membenarkan check in awal.. 

 Kemudahan bilik yang disediakan adalah luas .. untuk swimming pool yang terletak di tingkat 9 hotel the pool agak dalam walaupun dinyatakan children pool..jadi perlu ada pengawasan parents setiap masa..














 Pilihan terbaik menginap di Seri Pacific ..akan sentiasa menjadi prirority kami yang pertama ..





  





















Monday, April 24, 2017

Hari Sukan SRIP BJ and Denai Alam 2017

Hari Sukan SRIP BJ and SRIP Denai Alam 2017 berlangsung pada hari Khamis lepas 20th April 2017..itu pun last minute bagitau diadakan weekdays pula.. adess.. mujur sempat apply Annual Leave since husband tak boleh nak cuti as he will be taking care of the PMR Oral Examinations ..tapi hadir untuk SRIP Denai Alam aje sebab SRIP BJ Parents tak dijemput as the event di adakah di padang kecil depan sekolah mereka sahaja.. 


Event untuk sukan SRIP Denai Alam  diadakan di Dewan Bukit Subang .. kali ini indoors sahaja dan acara pun acara sukaneka..since diadakan weekdays jadi tak ramai parents boleh hadir.. Its OK ia tetap berlangsung dengan meriahnya..



Emran masuk rumah merah.. Dia masuk event susun menara dan juga kawad kaki..team merah team ladybird.. 




 Kebetulan his Best Friend Izz pun satu rumah merah dengan dia...cuma Ammar sahaja rumah lain.. event bermula jam 8.00am.. wahh syok tengok mereka berkawad bersemangat habis





 Event susun menara Emran punya team terpaksa start 2 kali sebab foul play dari team lain..in the end dia dapat no 3.. takpelaa.






     Alhamdulillah hari sukan berlangsung dengan jaya dan meriah sekali.. Juara keseluruhan rumah Jingga.. Rumah Merah dapat no 2..


 

Monday, April 17, 2017

Second Friendly Match - Prokidz Academy vs Matrix FC



Semalam berlangsungnya 2nd friendly match between the boys Prokidz Academy dengan pasukan from Matrix FC... Persediaan telah dilakukan sebaiknya dengan pertambahan ahli yang menyertai ProKidz membolehkan Coach Muzz memilih pemain dan juga boleh bergilir untuk kasi chance pada semua orang bermain.. The good thing ialah the coach give them chance to play to gain experience..


 Game starts at 2.30pm ..kali ini game between Under9 (U9) , Under 12(U12) and Under 16(U16)..Rafeeq's team under 7 tak join ..
The boys did well..and good coordination and also teamwork..



                                       
The game is 7 a side utk 3 round( setiap round bermain dalam 15 minit macam tu) . Coach Muzz kasi chance Emran main untuk 1st game..
He and his team mates scored 7 goals.. he scored the opening goal 





 Alhamdulillah skill mereka makin bertambah baik ..makin serasi dan makin boleh mengikut arahan coach..


After game kami tak dapat nak stayback to see the rest of the game for U12 and U16 sebab rushing nak ke birthday party Ammar dan Aira pula.. 





 

Tuesday, April 11, 2017

Jom Support - # Stalkers Cuisine


New product yang worth trying.. Stalkers Cuisine by Stalkers' Cafe team... Stalkers Cuisine merupakan product terbaru yang membolehkan anda membawa "Stalkers Cafe" ke rumah.. 

We ordered last week for this week delivery..   buat masa ni penghantaran ke
kawasan KL/ Selangor sahaja..






Product yang baru sahaja di launch..  How to order ? ada few menus to be chosen from..dari lamb, salmon and chicken..( So Far Menu ini sahaja dulu.. ). Min order is 5 packs  ( and dalam gandaan 5 sahaja- means if nak order 6 you need to order 2 boxes which contains 10 items.. harap paham laa penerangan ini ...) and it is nicely packed in the box below :




All the items dah ada dalam ini..cuma perlu panaskan kuali dan masak semula..its all precooked already..senang kan?.. dan ikutlaa kreativiti memasak macam mana .. 

Awal memang plan nak buka puasa dengan menu nie.. but delivery come slighlty late almost 10pm ....Perancangan Allah mengatasi segalanya..  So i cook it directly lepas received it for late supper.. 


Emran seronok membantu kat Dapur sementara Husband pergi ambil Najla tuition.. Since dah lewat malam dan sayur pun nan ado jadi masak simple dengan side dish dia french fries ajelaa.. 
dan before 10.30pm semuanya dah siap..alhamdulillah sangat mudah..dan hasilnya.... superb..ahaksss




           Sangat sedap rasa tak berubah macam makan kat Stalkers Cafe..brilliant idea untuk sesiapa yang tak berkesempatan ke Stalkers Cafe boleh laa rasa yang nie..insya'allah semoga perniagan mereka terus maju dan boleh laa add menu lain dalam listing.. We are craving for the GodFather Sandwiches yang super sedap tu..hehehe..harap ada dalam box macam ini in the future...

To Order  hubungi Stalkers Cuisine di instagram below :




 Definately akan order lagi di masa hadapan.. Do give a try ya... Selain Instagram juga boleh contact mereka di Media Sosial FB Stalkers Cuisine 





Tuesday, April 04, 2017

Featuring in NSTP Article








 I was given a chance to talk about the career as Pharmacist.. Actually taklaa jumpa berdepan dengan wartawan sebab kekangan masa..so the journalist email some questions for me to answer..

 Semoga bermanfaat.. semoga ramai generasi muda akan consider kerjaya ini.. memang bukan mudah especially earlier part yang menghafal nama drugs   tapi insya'allah segalanya akan dipermudahkan.. 


Thursday, March 30, 2017

Kem Cuti Sekolah


Cuti Sekolah yang lepas dimanfaatkan sepenuhnya oleh Emran as we decided to send him to join Kem Explorasi Indahnya Alquran.. Cousin Mimi yang invite.. Najla memang tak boleh nak join sebeb preoccupied dengan Kelas Tambahan.. Rafeeq pun masih under age nak join..



 Kem diadakan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam from 8.00am till 6.00pm..macam macam yang mereka pelajari..alhamdulillah..selain mengaji dan juga mereka pergi lawatan ke fruit valley Rawang ..


besides that ada juga experiment science yang mereka buat..








Okla memang memanfaatkan sepenuhnya Cuti sekolah tu.. memang fully occupied only the last 2 days sebelum sekolah mula baru kami membawa mereka bercuti sebentar ..sekitar KL sahaja

Monday, March 13, 2017

Noble Kids 2017 Sports Day



This Year Sports Day di adakan di Taman Tun Dr Ismail.. Bangunan Bakti Siti Hasmah ada small indoor arena..Kerah the boys to wake up early untuk pick up nasi lemak RM1.00 ,50 bungkus to bring to the area..

Arrived in Taman Tun  quite early juga.. so decided nak breakfast dulu kat Restoran Ismail, ..adoii lama benar tak datang sini.. rindu ...one of my favourite place.. 

arrived slighly early kat sana .. helping the teachers to setup the buffet breakfast tables
 by 8.30am almost all the children arrived .. the event started with The song We are the World.. then followed by opening Doa ...Rafeeq was given the honour to be one who recite the doa..mujur dia tak nervous dan membaca dengan lancar 



After doa mulakan dengan  gymrama kemudian baru mulakan dengan acara sukan...ada 5 games semuanya dan rumah sukan terbahagi kepada tiga iaitu Merah.. Biru dan kuning..






 Rafeeq dimasukkan ke dalam rumah Merah.. Tiga acara pertama rumah Merah dapat no 2.. Rumah Kuning lead untuk 3 games yang pertama...tapi 3 games terakhir rumah merah dan biru memang terbaik laa ..mereka kejar balik untuk memenangi the games.. 
semangat kesukanan yang tinggi anak -anak nie.









Di akhir perlawanan the total marks seri for Rumah Merah dan rumah kuning.. But rumah kuning memenangi sebab ada few events mereka dapat no 1.. 
but its OK mereka semua excited bila dapat hadiah dan medal.


  Tak sangka myself pun dapat hadiah sebab tolong jadi juri for that day
 Thank you Noble kids yang hadiahkan buku..


 Alhamdulillah dapat juga dengan Ticer Ain yang mengajar Emran.. Teacher Ain turun dari tanjung Malim untuk sama sama join Noble Kids Sports Day..

  
Event tamat awal sebelum jam 12.00pm... Tahun terakhir Rafeeq di Noble Kids Denai Alam..

   



Surely we gonna miss menjadi sebahagian daripada warga Noble Kids Denai Alam....
  

 

Tuesday, February 21, 2017

The boys First football Friendly match - Prokidz Academy


 Nervous and Excited.. itulaa gambaran yang boleh dikatakan untuk both boys Emran and Rafeeq untuk bermain dalam match pertama mereka sebagai pelatih Pro Kidz Academy.. Its been almost a month mereka join football club and they really enjoyed themselves.. 


 Last Sunday Pro Kidz Academy ada menganjurkan friendly match dengan Elroy Football Club.. All the trainees terlibat.. because ada under 8, under 12 and under 15 match

 The Friendly match di adakan di padang bola Denai Alam bermula jam 2.30pm.. seronok sangat mereka.. kali ini coach Muzz kasi chance kat mereka semua skali untuk bermain..wahhh memang best laa pendedahan untuk mereka..

Lawan mereka dari El Roy academy wahh dari segi Fizikal memang kalah laa anak anak cilik Pro Kidz..hehehe..mana taknya ..yang Pro Kidz punya team under 8 semuanya dari age 3 -8... and team El Roy rasanya dari 6 years and above.. 








 Mereka menjalin Persahabatan di padang bola..


before the start of the game.. coach Muzz arrangekan pemain untuk main the 1st half of the game.. both Rafeeq and Emran main dulu untuk 1st half of the game..

 

 both husband and i tak henti henti support mereka dari tepi padang..begitu juga yang lain..kami yang excited tengok mereka..ahahaha.. terjerit jerit kasi support.. Rafeeq macam nervous and confius nak attack pasukan lawan..adess. takpe first time for him..berbeza dengan Emran yang sangat agresif.. sampai nak bergaduh dengan pasukan lawan yang pegang and tarik baju dia masa rebut bola..adess..

Memang kecil kecil cili padi..semua  serangan pasukan lawan mereka berjaya stop dari menjaringkan gol..bravo...good job boys...1st half keputusan seri 0-0..
masuk 2nd half Rafeeq dah penat jadi coach tukarkan dengan pemain lain.. and permulaan 2nd half tak sampai seminit pun  Emran tendang bola dari tengah padang straight terus gol....alhamdulillah..

Rafeeq yang nervous.. takpe good try

 serangan dari pasukan lawan berjaya jaringkan gol dan kedudukan jadi seri 1-1.. kami tetap tak henti henti kasi sokongan pada Pro Kidz boys .. Pasukan lawan berjaya mendahului 2- 1 tapi around 10-15  minutes before game end Yusof dari Prokidz berjaya menjaringkan gol dengan menjadikan kedudukan seri 2-2.. alhamdulillah..

Bersalam salaman selepas game End

 Pro Kidz Academy ( Merah) vs El Roy ( Biru Kuning)
 Overall good game for both team...alhamdulillah.. and the Pro Kidz boys had shown a very good teamwork and sportsman ship.. and what can we say the coach sangat sangat sabar dan kasi mereka semangat dan bimbingan dan yang paling penting kasi mereka chance untuk gain experience 









 

Wednesday, February 15, 2017

Exclusive Meet and Greet Event - Olicandy and Fattah Amin


 Beli Satu botol Olicandy( trademark dia Kunyah kunyah gebu)  nak cuba untuk Health Supplement..  and i bought it on Thursday via their HQ.. its a chewable tablets







 On Friday terima SMS daripada the HQ saying won the 2 exclusive VIP ticket to the event..ahamdulillah memang rezeki..kebetulan hari Jumaat amik half day sebab ada appointment kat Nissan Glenmarie dan tak tahu apa jadi boleh pula terlupa bawa phone ke office.. 

 Balik rumah around noon tengok phone ada that SMS..terus reply cakap insya'allah will attend.. the event was held kat De'Ghoufran TTDI... Since husband tak nak pergi dan juga anak anak pun tak boleh pergi ajak my dearest friend yang stay nearby, Lida untuk teman kan gi.. Pakaian kena ikut theme color white/ Nude.. nasib baik ada dalam wardrobe.. tak perlu laa nak membeli..


 We arrived before 7.00pm..selepas register terus ke masjid Ghufran di sebelah event place tu untuk ready solat maghrib..event mula selepas maghrib.. its exclusive for 300 person only..

The tickets that i had won.. termasuk dalam ticket adalah door gift yang awesome..ada tudung..ada voucher ada macam macam lagi laa...





  Selepas maghrib masih ramai tetamu yang keluar masuk ..we all seated kat meja no 14.. around a few tablets dari main stage.. sambil tu berkenalan juga dengan 4 pasangan pemenang yang lain...bertukar tukar cerita sebelum event start..


Pentas set up yang cantik ..  



  The emcee for the night was Fiza Shabjahan... seronok juga dengar dia celoteh.. selepas tu dengar sedikit ucapan daripada founder Olicandy Pn Puteri Zarith.. 
Around 8.30pm macam tu baru Fattah sampai.. as usual dia cool aje berjalan atas karpet merah menuju ke pentas and was given round of applause by the audience.. 




   Acara pertama Q&A session atas pentas dan Fattah bercerita tentang perkembangan terbaru beliau.. lakonan terbaru..aktiviti terbaru..Ok laa more pada his career not  his personnel life ..rasa dia pun mesti rimas asik nak  jawab orang tanya about his personnel life ..jodoh pertemuan itu ketentuan ALLAH dengan siapa dia bersama nanti sebagai pasangannya biar laa.. semoga dia diketemukan seorang wanita yang baik dan solehah sebagai penlengkap hidup dia insya'allah..

  Event macam nie lebih santai.. then ada seisi cabutan bertuah di mana hadiah hadiah yang di tawarkan memang sangat lumayan tau..hadiah utama penginapan ke London UK dan hadiah2 lain percutian yang memang awesome tajaan suria resorts. ada juga hadiah hadiah seperti TV, tudung swarswoski bernilai 1K dan ticket naik helikopter.. dan yang paling best bila  one of adik perempuan Fattah menang the tudung.. Fiza the emcee pun tak tahu itu adik Fattah but we all yang tahu nie terus kasi moral support..
dan mereka  suruh adik dia untuk cium tangan Fattah after terima hadiah tersebut..hehee..comel aje gurau senda adik beradik di atas pentas..
and seperti biasa bila gambar itu jadi viral orang yang tak tahu akan kata macam macam.. and memang pun siapa yang upload gambar tu kena letak caption jelas jelas adik kandung dia ye.. so takde laa haram nak bersentuhan atau cium tangan dan sebagainya..


 selesai acara pertama Q&A dimulakan dengan seisi bergambar di samping start makan..quite late jugalaa dinner nya tapi tak mengapa. .We all kebetulan duduk sebelah dessert table adoii desert dia memang sedap benar.. semua menarik di makan.. 



One of the Cookies yang ada kat dessert table


  Kali ini takde autograph session cuma seisi bergambar  setiap meja bersama Fattah di atas pentas..

Seisi bergambar di atas pentas..tak tahu laa camera mana yang nak  ditengok..banyak sangat camera official di atas pentas..

      Untuk table kami adik sebelah kami bertuah memenangi satu ticket percutian ke Cherating ..wahh seronok benar dia..rezeki dia..

 Kemuncak event ialah pencarian wanita terakhir for the night..dia panggil sesiapa yang sporting untuk naik di atas pentas..ada akak nie memang sporting dengan support kawan kawan dia kat bawah pentas..ehh bukan akak more pada mak mak..aha...
so dia berjaya memenangi gelaran "wanita terakhir" pada malam tersebut dengan membawa pulang hadiah hadiah yang sangat menarik.. 
Fattah Amin bersama Penganjur pada malam tersebut Puan Puteri Zarith dari Olicandy dan juga Puan Pija dari Minaz. my.. yang Fattah pegang tu anak puan pija nama Warda..so ejaz bertemu dengan wardah semula..heheheh 

 Overal we have fun at the event..thank you Olicandy for the free tickets.. and thank you to my dearest friend Lida sudi temankan..kami berkenal kenalan dengan sahabat sahabat baru di event tersebut..berkongsi cerita..





lida tq sudi temankan