Sunday, February 02, 2014

Still missing him


  3 years ++ sudah berlalu..cepatnya masa ..
rasa macam baru semalam sahaja dad menerima berita gembira me dapat menyambung pengajian di UKM course Pharmacy.
.rasa macam baru semalam khabarkan pada dia tentang tarikh convocation.
.rasa macam baru semalam dia jadi wali on my wedding day..
rasa macam baru semalam dia tersenyum gembira menerima cucu perempuan yang pertama di KPJ Selangor..
rasa macam baru semalam dia merasa agak muram/sedih  bila me dapat offer kerja Penang..
rasa macam baru semalam dia ceria bercerita tentang rumah yang dia pilihkan untuk kami bermastautin iaitu di Denai Alam
 Rasa macam baru semalam kami dikhabarkan dia pengsan dan terkena stroke di TTDI dan seterusnya semi-koma di Damansara Specialist
 Rasa macam baru  semalam dia disahkan oleh Neourologist menghidap stroke separuh badan
 Rasa macam baru semalam kami dikejutkan dengan stroke ke 2 dan seterusnya terus koma di Hospital Sungai Buloh..
 Rasa macam baru semalam myself and siblings bisikkan di telinganya kalimah syahadah dan mencium dahinya  di saat2 akhir hayatnya di ICU Sungai Buluh


  Moga dad tenang di sana..moga di lapangkan tempat sementaranya sebelum ke akhirat ynag kekal Abadi..Will always pray for him.. insya'allah..